Sebelum ini, usahawan selebriti, Neelofa telah menyembunyikan wajah anak pertamanya, Muhammad Bilal daripada tontonan umum atas sebab privasi.
Sedia maklum, bekas pengacara MeleTop itu kini sedang hamil anak kedua dan mengakui tidak berniat untuk menyorok wajah anaknya itu nanti.
Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia ingin perkara itu berlaku mengikut masa dan keadaan yang sesuai.
Bukan kita nak sorok atau buat content, bukan. Ada benda-benda yang kita rasa dan percaya…
Sebolehnya, kita sebagai parents, nak perkara itu terjadi pada waktu yang kita sendiri approve.
Menurutnya lagi, pengacara berusia 34 tahun itu hanya mahu mengelakkan daripada beberapa perkara yang tidak diingini berlaku.
Kalau parents yang baca kenyataan saya ini pun rasa itu hak parents kan. Cuma, dalam kesa saya, sebab banyak mata memandang.
Dalam pada itu, Neelofa menjelaskan bahawa dia tidak pernah menyembunyikan wajah Bilal sebelum ini setiap kali keluar dari rumah.
Saya taklah tutup dia dengan guni. Saya bawa saja dia keluar. Kalau nampak, nampak la.
Bukan itu sahaja, isteri kepada PU Riz itu berharap orang ramai boleh memahami dan menghormati keputusannya sebegai seorang ibu.
Simple je benda ni, ada sesetengah artis pun, mereka tak pernah tunjuk anak sampai waktu yang sesuai.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.