Nak Beli Tudung Fareeda Kena Tunjuk Slip Gaji Adalah Fitnah – Fizo Omar

Hiburan

Nak Beli Tudung Fareeda Kena Tunjuk Slip Gaji Adalah Fitnah – Fizo Omar

Semenjak Fizo Omar berkahwin dengan Mawar, macam-macam kontroversi yang melandang jenama tudung Fareeda. Nampak gayanya memang ada pihak yang dengki. Mungkin kecewa tak dapat jadi isteri Fizo kot? Atau mungkin ada yang menaruh hati kepada Mawar tetapi kecewa apabila Mawar memilih Fizo dan bukan dirinya. Kesian Abang Nara tengok Fizo yang terpaksa tampil buat penjelasan setiap kali timbul kontroversi.

fizo omarTerbaru kecoh di laman sosial kononnya untuk memasuki butik ekslusif tudung Fareeda, slip gaji selama 3 bulan diperlukan. Amboi. Ini kalah nak masuk butik Chanel, LV dan sebagainya. Sekali dengar pun tahu mengarut dan tipu belaka. Namun macam biasa orang kita memang mudah percaya sampai Fizo terpaksa buat penjelasan. Kata Fizo menerusi Mstar Online.

Advertisement

“Itu semua fitnah dan tuduhan itu langsung tidak berasas. Secara logiknya, mana ada kedai yang meletakkan syarat perlu membawa slip gaji sebelum dibenarkan masuk kedai?

Butik-butik berjenama mewah pun tidak meletakkan syarat seperti itu. Bagi saya gosip itu adalah khabar angin kosong yang sengaja mahu menjatuhkan nama baik syarikat.

Biasalah, apabila sesebuah jenama barangan sudah menjadi popular, mulalah ada yang dengki. Rasanya itu adalah satu perkara normal yang terjadi kepada mana-mana perniagaan

fareeda

Apa pun, orang Melayu memang dari dulu terkenal dengan hasad dengki dan tak boleh tengok orang lain lebih maju berbanding dirinya. Abang Nara rasa si penulis status di atas hanya mahu bergurau dan buat lawak sahaja. Tup-tup ramai pulak yang percaya sampai dikongsikan oleh ribuan orang lain. Macam-macam kan? Tak apalah. Anggap sahaja ini sebagai satu publisiti percuma. Lagi banyak kontroversi, lagi ramailah tahu mengenai Fareeda. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...