Melancong merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan bagi setiap individu. Setelah destinasi percutian dipilih, perkara pertama yang perlu difikirkan ialah perancangan bajet.
Antara perkara penting yang perlu diambil berat dalam peruntukan bajet ketika bercuti adalah tiket pengangkutan pergi dan balik.
Walau bagaimanapun, pasti setiap orang pernah menghadapi cabaran untuk mendapatkan tiket penerbangan yang murah lebih-lebih lagi harga tiket penerbangan yang seringkali tidak menentu.
Menurut SiakapKeli, terdapat beberapa tips yang boleh diikuti untuk mendapatkan harga tiket yang jauh lebih murah daripada harga asal.
-
Beli tiket lebih awal
Perkara pertama yang korang perlu lakukan adalah buat tempahan tiket lebih awal.
Biasanya, syarikat penerbangan akan tawarkan harga yang lebih rendah kalau korang buat pembelian lebih awal.
Tempahan tiket boleh mula dibuat sekurang-kurangnya enam bulan awal untuk penerbangan antarabangsa dan tiga bulan awal untuk penerbangan domestik.
-
Beli tiket ketika promosi
Ini antara cara mudah untuk korang beli tiket penerbangan dengan harga yang murah.
Sewaktu promosi, syarikat penerbangan akan tawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding harga biasa, jadi ini memang waktu terbaik untuk membeli tiket.
-
Beli tiket pada hari Selasa dan Rabu
Untuk yang tidak tahu, hari Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari yang terbaik untuk beli membeli tiket.
Ini kerana kebanyakan syarikat penerbangan tahu orang ramai akan cari dan beli tiket pada hujung minggu.
-
Elakkan beli tiket pada waktu ‘Peak Season’
Elakkan membeli tiket sewaktu musim puncak (Peak Season) seperti musim perayaan, musim cuti sekolah, cuti umum atau musim (season).
Biasanya harga tiket akan lebih mahal berbanding hari biasa ketika musim ini.
-
Beli tiket satu hala
Ramai di antara kita yang suka beli tiket pergi dan balik dalam satu pembelian.
Walaupun ia memudahkan urusan pembelian, tapi kalau korang beli tiket secara satu hala sebenarnya jauh lebih jimat ini kerana tiket untuk penerbangan direct flight biasanya jauh lebih mahal berbanding harga tiket transit.
Kalau korang nak berjimat, korang boleh transit di mana-mana negara sebelum membuat penerbangan seterusnya.
-
Guna laman web perbandingan harga
Pastikan korang buat perbandingan harga tiket terlebih dahulu sebelum beli tiket penerbangan.
Salah satu caranya adalah dengan melayari laman web atau aplikasi seperti Skyscanner untuk membuat perbandingan harga dan senarai penerbangan mana yang lebih murah.
-
Jangan lupa ‘clear cache’
Ramai yang tidak tahu kalau korang layari mana-mana laman web penerbangan tanpa membuang atau memadam segala browser cookies, itu boleh menyebabkan harga tiket berlainan.
Ini kerana laman web tersebut dapat kesan korang pernah melayari laman web mereka sebelum ini (dalam tempoh 30 hari sebelum).
Jadi pastikan anda memadam segala browser cookies terlebih dahulu sebelum nak beli tiket penerbangan di laman web mereka.