Setiap orang pasti hendak membeli tanah lot jika mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Nak beli tanah sekarang ni bukanlah mudah sebab harganya makin naik.
Namun kadangkala ada yang ternampak iklan tanah dijual dengan harga yang begitu murah. Tetapi anda perlulah peka dan berhati-hati. Kadangkala pasti ada sebab kenapa harga yang diiklankan sangat murah. Sebab itu kita perlu pelajari selok belok hartanah terlebih dahulu sebelum membeli.
Jom kita tengok risiko apa yang mungkin anda perlu tempuh, perkongsian dari peguam hartanah, saudara Salkukhairi Abdul Sukor.
10 RISIKO BELI TANAH LOT BANGUNAN TIADA GERAN INDIVIDU (LOT LIDI / GERAN KONGSI)
1. Tidak Boleh Dipindah Milik Kepada Pembeli
2. Nama Pembeli Tiada Dalam Geran
3. Tidak Tahu Kedudukan Sebenar Tanah
4. Tidak Boleh Bina Rumah Secara Sah Di Atasnya
5. Tidak Boleh Digadaikan Kepada Bank Untuk Mendapatkan Pinjaman
6. Tidak Boleh Diwariskan Kepada Waris Apabila Pembeli Meninggal Dunia
7. Tanah Masih Menjadi Hak Pemilik Asal
8. Tidak Layak Dapat Pampasan Jika Tanah Diambil Oleh Kerajaan
9. Tidak Boleh Dipindahmilik Kepada Waris
10. Terdedah Kepada Unsur-Unsur Penipuan Dan Perbalahan
Oleh itu, belilah tanah lot yang sudah mempunyai geran individu, dan diharap dengan adanya perkongsian ini, anda sudah mampu untuk membuat keputusan dalam mebeli tanah.
Pastikan anda mengetahui apa jua kesan yang mungkin anda akan hadapi, sebelum membuat keputusan, Jom kita membeli dengan bijak.