“Nak Bayar Sikit-Sikit” – Kim Seri ‘Update’, Tunjuk Bukti ‘Refund’ Duit Pelanggan Trip Korea

Kehidupan

“Nak Bayar Sikit-Sikit” – Kim Seri ‘Update’, Tunjuk Bukti ‘Refund’ Duit Pelanggan Trip Korea

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Kim Seri dilihat mula mengambil langkah bertanggungjawab apabila memulakan proses pembayaran semula kepada pelanggan yang terjejas susulan pembatalan trip ke Korea Selatan yang dijanjikan sebelum ini.

Kim Seri atau nama penuhnya Seri Azlina, 39, berkongsi beberapa tangkapan skrin di Instagram Story miliknya sebagai bukti bayaran balik kepada beberapa individu terbabit.

Advertisement

Dalam perkongsian itu, dia memuat naik resit pembayaran kepada tiga pelanggan dengan amaun permulaan sebanyak RM300 seorang secara berperingkat, sehingga keseluruhan bayaran dapat dilunaskan.

Tindakan ini sekaligus menepis dakwaan kononnya Kim Seri melarikan diri daripada tanggungjawab selepas isu pembatalan pakej percutian ke Seoul yang dikendalikannya menjadi tular dan menerima pelbagai kecaman.

Usaha Kim Seri tampil secara terbuka dan memulakan pembayaran semula dilihat sebagai langkah awal untuk menyelesaikan isu yang membabitkan ramai pelanggan yang telah membuat bayaran untuk menyertai trip tersebut.

kim seri

Terdahulu, pihak polis dilaporkan menerima 24 laporan daripada individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan, melibatkan kerugian keseluruhan sekitar RM454,450.

Namun pada 17 Disember lalu, Kim Seri telah tampil memohon maaf kepada pelanggan yang terkesan dengan penangguhan trip pelancongan yang diuruskan oleh syarikat miliknya.

Beliau turut memberi jaminan untuk menyelesaikan pembayaran balik sebelum atau pada 1 Februari lalu, namun ada pelanggan mendakwa masih belum menerima wang yang dijanjikan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pemandu bas kena sembur dengan penumpang
18 hours ago

(VIDEO) "Pikiaq Sama Nyawa Orang Lain, Hang B*doh Ka?" - Pemandu Bas Kena 'Sembur', Didakwa Pandu Secara Merbahaya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...