“Nak Batuk Pun Pergi Tandas” – Aedy Ashraf Patuh SOP Di Set Penggambaran

Hiburan

“Nak Batuk Pun Pergi Tandas” – Aedy Ashraf Patuh SOP Di Set Penggambaran

Memuji tindakan pelakon dan kru yang mengamalkan norma baharu sepanjang penggambaran drama terbaharunya, pelakon Aedy Ashraf menyatakan tindakan ini merupakan langkah tebaik bagi menjaga kebersihan semua kru yang terlibat.

aedy ashraf patuh sop di set penggambaran

Advertisement

Jelas Aedy, Prosedur Operasi Standard (SOP) yang harus dipatuhi mereka sepanjang penggambaran adalah amat bagus kerana boleh meningkatkan kesedaran tentang kebersihan.

“Kalau dulu orang boleh bersin dan batuk sesuka hati sekarang lebih cermat dan berhati-hati. Nak batuk pun pergi tandas dan tutup mulut.”

Katanya, beliau amat memuji tindakan pelakon dan kru yang patuh kepada SOP yang ditetapkan kerajaan bagi membendung wabak COVID-19 dari terus menular.

aedy ashraf patuh sop di set penggambaran

Ujar Aedy, sanitizer dan topeng muka seakan peneman setianya sepanjang berada di set penggambaran.

“Tak adalah saya paranoid beriya-iya, cukup sekadar sanitizer dan mask sepanjang masa. Asalkan kita menjaga kebersihan itu dah memadai.”

aedy ashraf patuh sop di set penggambaran

Terdahulu, penggiat industri filem, drama dan periklanan menyambut baik keputusan kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang telah meluluskan aktiviti penggambaran mulai 10 Jun.

Malah, Syarikat produksi juga perlu bertanggungjawab melantik penyelia keselamatan bagi memastikan pematuhan SOP di semua peringkat produksi dilaksanakan dengan betul dan selamat.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...