Rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir di Hatyai dan kawasan sekitarnya diminta segera menghubungi Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla bagi mendapatkan bantuan dan pemantauan.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, berkata kebanyakan rakyat Malaysia yang terperangkap kini berada di hotel sekitar Hatyai, dan mereka dinasihatkan kekal berada di tempat selamat sementara menunggu bantuan pihak berkuasa Thailand.
Mereka diminta kekal di hotel masing-masing atau bergerak ke kawasan lebih tinggi… Pejabat Konsulat sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk memastikan keselamatan rakyat kita.
Menurutnya, mereka yang memerlukan bantuan perlu segera menghubungi Konsulat bagi membolehkan pihaknya mengesan lokasi dan mengatur sebarang tindakan pemindahan ke pusat perlindungan sementara.
@princesseida07 Nak balik .. lapaq dh ni .. kesian anak2 kecik .. ?? #fyp #hatyai #banjir
Setakat tengah hari ini, keadaan di bandar Hatyai masih dilanda banjir besar dengan hampir semua laluan keluar tidak boleh dilalui kenderaan, kecuali beberapa laluan tertentu. Ada kemungkinan jalan menuju ke sempadan Thailand–Malaysia turut terputus akibat air naik.
Sebelum ini, media melaporkan hujan lebat berterusan sejak awal minggu menyebabkan banjir besar melanda lapan wilayah di selatan Thailand, menjejaskan hampir 360,000 penduduk di 48 daerah, menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM).
Antara wilayah terjejas termasuk Phatthalung, Satun dan Songkhla lokasi tumpuan pelancong Malaysia setiap kali bercuti ke Thailand. – Berita Harian
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
