“Nak Bakar Kek Ke Bang?” – Tular Video Mangsa Banjir Bawa Keluar Oven Dari Mydin

Berita

“Nak Bakar Kek Ke Bang?” – Tular Video Mangsa Banjir Bawa Keluar Oven Dari Mydin

Baru-baru ini, Mydin telah pun memaafkan dan menghalalkan tindakan mangsa banjir memecah masuk kedai serbaneka mereka di Shah Alam demi untuk kelangsungan hidup.

Baca: “Dengan Seikhlas Hati, Saya Halalkan” – Pengarah Urusan MYDIN

Advertisement

Bagaimanapun, menurut MalaysiaGazette, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata kira-kira 100 individu yang memecah masuk kedai tersebut berniat untuk merompak kerana mereka bersenjatakan pisau dan parang.

Mereka masuk dan meluru naik ke tingkat satu yang menempatkan barang-barang elektrik. Rakaman sangat jelas.”

Tular di media sosial, video yang menunjukkan ramai mangsa banjir keluar dari kedai serbaneka itu dengan membawa barangan yang mereka ambil.

Apa yang mencuri perhatian warganet adalah seorang lelaki yang membawa keluar sebuah kotak ketuhar elektrik. Rata-rata netizen terkejut melihat rakaman itu dan meluahkan rasa kecewa serta geram terhadap individu tersebut.

Advertisement

Ada yang menganggap mangsa banjir itu semua mengambil kesempatan di dalam kesempitan yang dilalui ketika ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Yaya

    December 23, 2021 at 1:55 pm

    Ini yg jd masalah.. bila aeon x kasi org masuk ms banjir korang kata aeon tak berati perut. Bila mydin bg greenlight ada pulak lahanat amik kesempatan. Mmg ada yg terdesak tp lebih ramai yg nk amik kesempatan. Sudahnya patut buat je cam aeon, jgn kasi masuk langsung sbb manusia ni yg jahat lagi ramai. Yg desperate tu byk cara lagi bole buat selain dari mencuri… niat tak menghalalkan perbuatan.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...