Baru-baru ini, Mydin telah pun memaafkan dan menghalalkan tindakan mangsa banjir memecah masuk kedai serbaneka mereka di Shah Alam demi untuk kelangsungan hidup.
Baca: “Dengan Seikhlas Hati, Saya Halalkan” – Pengarah Urusan MYDIN
Bagaimanapun, menurut MalaysiaGazette, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata kira-kira 100 individu yang memecah masuk kedai tersebut berniat untuk merompak kerana mereka bersenjatakan pisau dan parang.
Mereka masuk dan meluru naik ke tingkat satu yang menempatkan barang-barang elektrik. Rakaman sangat jelas.”
Tular di media sosial, video yang menunjukkan ramai mangsa banjir keluar dari kedai serbaneka itu dengan membawa barangan yang mereka ambil.
Apa yang mencuri perhatian warganet adalah seorang lelaki yang membawa keluar sebuah kotak ketuhar elektrik. Rata-rata netizen terkejut melihat rakaman itu dan meluahkan rasa kecewa serta geram terhadap individu tersebut.
Ada yang menganggap mangsa banjir itu semua mengambil kesempatan di dalam kesempitan yang dilalui ketika ini.