Anak adalah amanah yang diberikanNya kepada hambaNya, jadi jagalah anak yang diamanahkan itu sebaik mungkin, bentuklah dan didiklah mereka menjadi insan yang berguna dan berjaya apabila besar nanti.
Tetapi dengan perkembangan dunia kini, ramai ibu bapa tidak dapat memberi perhatian penuh kepada anak-anak dari kecil atau mula meningkat besar.
Ada yang masih menyusu tidak dapat meneruskan susuan sebaiknya kerana ibu bekerja, ada anak yang terpaksa di hantar ke taska atau pun dihantar kepada pengasuh, sudah pasti hati ibu tidak senang memikirkan anak-anak disana, ditambah dengan beberapa kejadian tidak diingin berlaku kejak kebelakangan ini melibatkan taska dan rumah pengasuh.
Oleh itu, seorang jurugambar terkenal yang merupakan pengarah beberapa buah syarikat iaitu saudara Saiful Nang telah membenarkan para pekerjanya membawa anak ke tempat kerja.
Kenapa beliau beliau bertindak demikian? jom ikuti penjelasannya.
ISTERI SAYA TERUS BERHENTI KERJA LEPAS DENGAN AYAT SAYA INI…
Tahun 2005 dahulu semasa saya bekerja projek di Paris dan London, saya sempat melawat Cambridge University. Kampus yang cantik dan no wonder ramai saintis hebat seperti Sir Isaac Newton dan Stephan Hawking selesa memerah ilmu di sini. Untuk mengurangkan akses fee ke setiap college, saya minta bantuan pelajar di sana. Kebetulan, orang yang baik hati membantu ialah isteri saya yang ketika itu sedang menyiapkan reserch phd beliau dalam Chemical Engineering.
Dari situ bermula cerita, akhirnya kami berkahwin pada tahun 2007. Sepanjang bercinta rasanya hampir 98% secara PJJ (Percintaan Jarak Jauh). Tak ada dating beria sangat lah cuma sekali sekala sahaja berjumpa jika kebetulan saya ada kerja di UK.
Setelah berkahwin Intan berkhidmat dengan sebuah universiti tempatan sebagai pensyarah. Alhamdulillah, sekejap sahaja dah naik pangkat sampai ke gred ntah berapa ntah tapi 50-an lah. Saya tak pernah ambil port gred gaji kerajaan ni kerana malas nak faham bagaimana dari gred 40-an lompat jadi 50-an lepas tu ada JUSA dan sebagainya. Wahh…pening kepala fikir, maka sebagai seorang suami yang tak pernah minta duit bini, saya sendiri tak tahu gaji dia berapa kecuali dia sendiri yang bagitahu.
Kerja dengan kerajaan memang sedap. Pencen ada, cuti pun banyak. Sekali bersalin boleh cuti sampai 3 bulan dan boleh extend lagi sampai bertahun kalau nak cuti tanpa gaji.
AMARAN : BACA SAMPAI HABIS ATAU BERHENTI DI SINI SAHAJA. HANYA YANG BACA SAMPAI HABIS SAHAJA BOLEH KOMEN. RAMAI YANG MEROYAN BACA SEPARUH JALAN TAPI HILANG IDEA UTAMA YANG ADA DI SEPANJANG ARTIKEL INI.
Peluang kerjaya juga baik. 8 tahun pertama dia bekerja untuk memenuhi tuntutan kontrak pengajian. Pembayaran semula bukannya satu pilihan kerana kerajaan hantarnya belajar bukan untuk dia bayar semula tetapi untuk menabur khidmat semula kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.
Sejurus selepas 8 tahun itu disudahkan, puteri ke-4 kami lahir pada 1 Syawal 2 tahun yang lalu. Memang anak hari raya lah ni.
Tapi seminggu dua sebelum itu, Intan bertanya kepada saya, apa yang saya paling suka sekali. Lalu saya jawab..
“Abang suka jika air tangan isteri sendiri dalam pendidikan anak-anak”.
Dengan taat dia dengan gembiranya tanpa paksaan memberi notis untuk berhenti kerja dengan rasa sangat gembira. Pada orang lain, ia mungkin satu kerugian meninggalkan gaji dan pangkat yang tinggi untuk berada di dapur dan mengajar anak-anak sahaja. Pada saya, harta yang paling berharga ialah anak-anak. Apa guna isteri pandai tetapi anak-anak saya dijaga dan dididik oleh bibik yang tak sekolah.
Bukannya Intan terus berhenti kerja. Cuma tidak lagi bekerja dengan kerajaan atau pihak lain sebaliknya kini bekerja menjadi pengajar di sekolah swasta persendirian yang kami bersama RPWP tubuhkan untuk pendidikan asnaf dan anak yatim. Anak kami juga menumpang sama pendidikan di dalamnya.
Jika orang kata, suri rumah kerjanya banyak free dan banyak masa tengok sinetron sahaja sebenarnya tidak juga. Sekurang-kurangnya tidak untuk isteri saya. Dia menjadi lebih sibuk dari sebelumnya tetapi anak-anak saya semua membesar di hadapan mata sendiri. Sibuknya lebih, tetapi mengajar di sekolah untuk anak yatim dan asnaf mana ada gaji? Anak-anak yatim dan asnaf belajar sekolah private tapi siapa nak bayarkan yuran mereka?
Bukan saya menentang isteri bekerja, cuma saya kasihan dengan sebahagian yang terpaksa menjadi partime mother. Tak semua orang mampu buat seperti isteri saya dan tidak semua suami mampu menanggung kapal terbang hilang sebelah enjin. Sebab itu juga, di dalam kumpulan syarikat yang saya bersama team RPWP terajui semuanya membenarkan staff wanita membawa anak-anak ke pejabat. Biarlah semasa attend customer dalam meeting dia kendong anak sendiri tetapi pada saya itu lebih baik dari disebabkan kerja, darah dan daging perlu dipisahkan sementara.
Kalau boleh close deal kerana pakai skirt pendek sampai ke peha, takkan tak percaya boleh close deal dengan menggendong anak kan? Kena percayalah…rezeki tu Allah yang bagi dan client kita tu cuma laluan sahaja. Kalau client tu taknak…nanti Allah buka laluan lain pula.
Eventually, produktiviti meningkat dan kerja berjalan dengan baik kerana Si Ibu tak perlu gusar fikir apa jadi pada anak mereka di tempat penjagaan.
Kepada majikan, saya seru…kerana kami dah lakukannya. Kita tidak semakin hilang kontrak tetapi lebih banyak kontrak kami secure. Kami tak menjadi tidak produktif malah lebih produktif lagi. Anak menangis terus attend, bila cukup keperluan anak…senyap lah dia. Cuma jangan sampai kelek anak dari pagi sampai ke petang dan kerja tak jalan langsung.
Persepsi kita sahaja merasa anak menangis tu mengganggu padahal kita sendiri yang kata tu pun ada anak juga. Bila anak dah besar sedikit dah bukan bayi Lagi barulah kita nak hantar dia belajar di mana-mana pun ikut suka hati. Masa baby memang kena sangat attach dengan ibunya. Cuma dalam kes saya, bila anak dah besar pun isteri saya dan ibu-ibu di RPWP akan sama-sama didik di hadapan mata sendiri. Itulah lega paling besar saya sebagai seorang suami dan bapa kepada isteri dan anak-anak saya.
Bila kita rasa bayi-bayi ni mengganggu kerja dan penghalang nak dapat projek, tender, kontrak atau berjual beli…kena ubah sikit kepercayaan itu, disebabkan ada bayi lah murah rezeki kita terima. Kan mudah?
Sekali lagi saya seru para majikan, berikanlah kelonggaran dan benarkan bayi-bayi di dalam ofis anda. Percayalah, produktiviti akan meningkat berkali-kali ganda. Kami dah ada sampel pada zaman ini Dan tak boleh nak deny lagi :) Iyelah…kalau saya cerita
“dulu arwah mak saya kendong adik saya ke mana-mana dia pergi semasa memetik kopi di ladang kopi”….nanti ada orang cakap “Itu orang dulu lain, sekarang lain”.
Saya percaya, jika ditanya para ibu-ibu…perkara paling berat untuk mereka lakukan ialah berpisah dengan bayi mereka yang masih terlalu dependent dan masih menyusu. Sakitnya seperti disiat kulit dari isi. Tapi mereka terpaksa kerana nature pekerjaan mereka tidak membenarkan perkara itu.
Cuba bayangkan seorang doktor wanita merawat pesakit sambil dikendongannya ada bayi yang sedang ditidurkan. Bayangkan juga seorang guru mengajar dan ada buaian anaknya dalam kelas.
Bayangkan juga seorang ibu yang sedang membuat pembentangan projek kepada klien dan anaknya menangis lalu ditenangkan oleh CEO syarikat klien sambil mendengar Si Ibu meneruskan pembentangan (Comelkan CEO kalau macam tu), Bayangkan Si Ibu take 5 sebentar untuk menyusukan anak semasa sedang memberikan lecture di dalam kelasnya.
Untuk tempat yang kurang sesuai untuk bayi seperti hospital dan kilang boleh sahaja wajibkan sebuah nursing centre lengkap dengan IP cctv di dalam tempat kerja sendiri.
Kasihani golongan ini yang sayang kepada anaknya tetapi berbagi kasih dengan bibik di rumah yang memberikan anaknya makan dengan kaki. Sebagai majikan, pilihan di tangan kita…berani mulakan langkah.
Jika tidak mampu mengubah kerajaan, kita cuba ubah dari sekecil-kecil company yang kita terajui. Nak ubah seluruhnya…apakan daya aku bukannya Perdana Menteri juga tidak cukup “bijak” untuk jadi menterti. Para suami sekalian, perlu support cadangan ini. Biar isteri u all yang lawa-lawa tu tak kena kacau dengan ulat bulu sangat kalau dah pergi ofis pun bawa baby.
Sehingga hari ini, isteri saya tidak langsung menyesal berhenti bekerja bergaji dan bekerja dengan kerja tanpa gaji tetapi sangat rapat dengan anak dan suaminya. I told her…
“Don’t worry…makan minum rumah semua Abang punya kerja”
Kalau orang kata, rugi belajar tinggi-tinggi tapi bekerjaya. Pada saya, rugi lagi belajar tinggi-tinggi kemudian anak di bagi pada bibik yang jaga 10 jam sehari (kita jaga 3-4 jam sahaja). Tidak rugi juga kerana pendidikan tinggi itu disalurkan juga kepada anak-anak asnaf dan anak yatim di Rumah
Pengasih Warga Prihatin. Kebanggaan seorang guru bukannya pada gajinya, tetapi pada sejauh mana kejayaan anak-anak didiknya.
Alhamdulillah, semua ini terjadi antaranya apabila saya ada isteri yang mahu jadi isteri dan ibu sepenuh masa dan saya pula menerajui kampeni yang saya boleh benarkan pejabat saya dipasang buaian dan ambient seperti taska. Saya juga bersyukur apabila berlaku pertembungan antara cita-cita mertua saya mahukan anaknya mencipta kerjaya dalam kerajaan dan cita-cita saya untuk pendidikan anak-anak saya ditangani sendiri oleh ibunya…lalu mertua saya berkompromi walaupun mereka telah banyak berkorban untuk isteri saya.
Apa guna segulung PhD jika akhlak anak tak sempat kita didik dan bentuk akhirnya yang kita sayang-sayang itu nanti bila besar sudah pandai lari tinggalkan rumah pula bila Ditegur. Ketika itu kita akan menyesal dan akan sedar…anak kita membesar SEKALI SAHAJA dan bila kita terlepas momen itu, kita tak mungkin boleh ulangi semula untuk melakukan pembaikan.
Nak sayang anak kasihi-lah
Nak rosakkan anak…kasihankan-lah
SAIFUL NANG
A proud Father / Husband and a proud Group CEO to companies with a lot of babies inside.