Tidak sangka filem tempatan yang baru ditayangkan di pawagam telah dibatal oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di beberapa panggung wayang, pengarah dan penerbit terkenal Malaysia tidak puas hati.
Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Michael Ang mengatakan rasa tidak puas hati bila filem yang diterbitkan rakannya, pelakon Sharifah Shahora dan suaminya tak mendapat sambutan yang sepatutnya.
Filem bagus, kritikan yang dah tengok bagus, sinematografi bagus. Tapi, tak ramai tengok. Finas buat apa Finas?
View this post on Instagram
Pengarah siri drama televisyen Suri Hati Mr. Pilot itu turut mengatakan Finas sesuka hati mambatalkan tayangan walaupun ada protokol untuk 7 hari wajib tayang.
Nak aku menangis ke merayu nak suruh korang pergi tengok filem ni.
Michael memujuk agar ramai menyokong filem lokal kerana menurutnya kuasa viral netizen sangat kuat dalam hal- hal sebegini.
Melihat di ruangan komen, followers penerbit itu akui bahawa filem Pagari Bulan itu kurang marketing. Oleh itu, ramai tak tahu tentang kewujudan filem tersebut.
Namun begitu, angkara video Michael, semakin meninggi tontonan Pagari Bulan di panggung wayang sekarang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.