Nak Aku Lempang, Tendang, Terajang Kau Betul-Betul Ke? – Shukri Yahaya Bengang Dengan Pelakon Baru

Hiburan

Nak Aku Lempang, Tendang, Terajang Kau Betul-Betul Ke? – Shukri Yahaya Bengang Dengan Pelakon Baru

Agak jarang kita lihat Shukri Yahaya lantang bersuara mengenai sesuatu perkara meskipun dihimpit kontroversi, namun tahap kesabaran seseorang itu ada hadnya. Baru-baru ini, beliau ada meluahkan rasa marah terhadap seorang pelakon baru yang gagal melaksanakan babak pukul dengan teknik yang betul sehingga menyebabkan orang lain cedera.

Advertisement

Shukri pada masa yang sama meminta produser dan pengarah untuk mencari seorang pelakon baru yang boleh berlakon dan tidak menyusahkan orang lain di set penggambaran. Ramai juga yang tertanya siapa agaknya yang dimaksudkan oleh beliau?

Menerusi portal Kosmo Online, Shukri memberitahu beliau tidak berniat untuk memarahi mana-mana pihak dan apa yang diluahkan menerusi Insta Storiesnya itu hanya secara umum sahaja.

Sejujurnya, saya tidak memarahi sesiapa. Cuma, saya tergerak hati untuk memuat naik status berkenaan kerana tidak mahu ia berulang kembali. Jika mahu melakonkan babak memukul, janganlah pukul betul-betul.

Sebagai pelakon kita perlu tahu tentang teknik kamera dan bagaimana kita mahu ‘menipu’ secara visual.

Betul juga apa yang diluahkan oleh Shukri, kalau hendak berlakon pastikan sudah faham dan belajar teknik yang betul. Tidak hanya bergantung pada paras rupa sahaja. Apa pendapat anda pula?

Sumber Berita : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

25 Comments

  1. damai

    October 19, 2018 at 4:27 pm

    maybe pelakon baru x mixed around with other pelakon and never peramah, dia buat hal dia so how to tegur face to face

    • Bubble

      October 21, 2018 at 6:12 pm

      pm tepi kan boleh, zaman teknologi kot.

  2. happy meal

    October 19, 2018 at 4:22 pm

    erm..dia ni pun bukan la kategori pelakon lama sangat…sama je dia dgn yg baru..hmm

  3. jurgen klopp

    October 19, 2018 at 3:44 pm

    pelakon baru biasa la bro,
    pergi ckp depan2 ..kata jantan

  4. kakikucinghitam

    October 19, 2018 at 2:32 pm

    makk aiii… pasal pukul masa berlakon je pon punya lah panjang ig story… kau pergi je lahh tegur depan2 terus tegur apa yg silap tu… name pun pelakon baru…

    • joga

      October 19, 2018 at 2:55 pm

      Yer betol. Benda boleh settle kot. Ko jantan sama jantan. Mulut mcm pompuan..bcerita panjang lebar kat insta.

    • be humble

      October 20, 2018 at 2:45 pm

      sebab terasa dia hebat giteww hewhewhew

  5. Anonymous

    October 19, 2018 at 1:35 pm

    mari kita nantikan..drama apakah yg budak ni dan shukri yahya berlakon adegan pukul memukul…

    • maria

      October 22, 2018 at 8:36 am

      dia tgh shooting cte split….

Loading...