Nak Ajar BF Puasa & Sambut Raya, Yazmin Aziz Dikecam Netizen – “Diri Sendiri Pun Ikut Budaya Luar”

Hiburan

Nak Ajar BF Puasa & Sambut Raya, Yazmin Aziz Dikecam Netizen – “Diri Sendiri Pun Ikut Budaya Luar”

Sebelum ini, penyanyi dan pempengaruh media sosial iaitu Yazmin Aziz meluahkan rasa teruja untuk menyambut bulan Ramadan dan hari perayaan Aidilfitri bersama kekasih baharu, Austin Veloso.

Bukan itu sahaja, Yazmin juga sudah merancang untuk membelikan baju Raya untuk Austin dan berhasrat untuk mengajar atlet bola keranjang itu berpuasa di bulan Ramadan.

Advertisement

Menurut penyanyi berusia 22 tahun itu, Austin menunjukkan minat untuk mendalami budaya dan agama kerana sering bertanyakan mengenai Islam.

Saya nak kenalkan budaya kita kepada dia. Tahun ni, saya akan belikan dia baju raya dan kami akan pakai warna sedondon.

Dalam pada itu, Yazmin memaklumkan bahawa Austin sangat menghormati agama lain walaupun dia bukan beragama Islam.

Dia sebenarnya teruja untuk sambut Ramadan dan saya akan cuba untuk latih dia berpuasa.

Bagaimanapun, keterujaan Yazmin untuk mengajar kekasihnya untuk berpuasa di bulan Ramadan telah mendapat kritikan daripada netizen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah meminta penyanyi berketurunan Melayu dan Filipina itu untuk memperbaiki dirinya terlebih dahulu sebelum ingin mengajar seseorang.

Malah, ada juga yang mendoakan agar kedua-dua pasangan kekasih itu berubah menjadi lebih baik dan mendapat hidayan dari Allah SWT.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Dia Bukan Beragama Islam Tapi.." - Yazmin Aziz Akui Tak Sabar Nak Ajar BF Puasa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...