March 26th, 2015

Penyanyi Najwa Mahiaddin telah sah bergelar isteri kepada Idris Koh dalam satu majlis yang telah berlangsung pada tengah hari tadi di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sri Satria Putrajaya.

Najwa dan Idris masing-masing kelihatan berseri-seri dan anggun dalam busana serba putih. Pasangan ini telah bertunang sekitar Disember tahun lalu.

Mereka mula berkenalan apabila Idris yang merupakan seorang  ahli muzik sering mengiringi Najwa dalam setiap persembahannya.

Tahniah kami ucapkan kepada Najwa Mahiaddin dan Idris Koh. Semoga kekal sehingga akhir hayat dan dapat membimbing di antara satu sama lain.

Sumber Berita: Murai

 


Comments are closed.

Loading...