May 8th, 2016

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba berita Najwa Latiff sudah berkahwin menjadi viral sejak beberapa hari lepas berdasarkan satu foto wanita yang mirip dengan beliau bersama dengan suaminya tersebar di Internet.

Najwa mengakui sedikit terkejut dengan penyebaran berita itu, tetapi sebenarnya beliau sendiri sudah pernah melihat foto berkenaan sebelum ini.

Terkejut juga kerana (wanita itu) ada iras sedikit dengan saya. Tetapi saya belum kahwinlah. Sebenarnya saya sudah lihat gambar itu sejak tahun lalu.

Tetapi apabila diamati semula, kami tidaklah begitu seiras. Mungkin gaya senyumannya yang membuatkan wajah kami seakan-akan serupa.

Malah pemilik foto itu yang dikenali sebagai Norreens telah tampil menjelaskan perkara sebenar melalui akaun Twitter miliknya.

Jelas Noreen, wanita didalam foto itu adalah dirinya dan bukan Najwa. Malah mereka sudah lama berkahwin,dan melalui akaun Twitternya kami lihat Norreens sudah mempunyai seorang anak.

Kalau Najwa Latiff sudah berkahwin, tentu beliau dah umumkan perkara tersebut bukan? Hehe..dalam dunia ini ada tujuh orang yang serupa dengan kita, sebab itu ada antara peminat Najwa yang agak keliru dengan foto berkenaan.

Sumber Berita : BH ONLINE

 


Comments are closed.

Loading...