Najwa Latif Kini Bergelar Siswazah TESL Dari UNITAR

Hiburan

Najwa Latif Kini Bergelar Siswazah TESL Dari UNITAR

Agak lama juga penulis tidak mendengar khabar mengenai penyanyi yang mula mencipta popularitinya hasil muat naik video ke media sosial iaitu Najwa Latif. Melalui akaun Instagramnya, Najwa telah mengongsikan gambar konvokesyennya selaku graduan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)  di Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR).

Advertisement

Perkongsian Najwa itu mendapat lebih 22,000 likes di Instagram. Najwa juga dihujani dengan ucapan tahniah dari pengikut-pengikutnya yang menganggap ia sesuatu yang membanggakan buat Najwa.

Najwa yang juga merupakan duta jenama UNITAR sebelum memberitahu bahawa cita-citanya yang sebenar ialah sebagai seorang pendidik dan dalam masa tiga tahun akan datang, dia berhasrat untuk menjadi seorang pensyarah.

Bidang nyanyian hanyalah hobi dan Najwa tidak akan merasa terkilan sekiranya lebih mengutamakan bidang yang diminatinya iaitu pendidikan berbanding kerjaya sebagai seorang penyanyi.

Selamat maju jaya diucapkan buat Najwa semoga berjaya mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna pada agama dan negara serta sukses dalam semua bidang yang diceburi. – beautifulnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...