August 12th, 2015

Tidak pernah terpalit dengan gosip cinta, penyanyi Najwa Latif mengakui buat masa ini beliau hanya ingin fokus pada pelajaran dan belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki kerana merasakan dirinya kini masih lagi muda.

Tiada teman lelaki. Saya masih muda dan masih banyak perkara lain yang menjadi keutamaan terutamanya pengajian saya di universiti yang berbaki dua tahun lagi. Kalau berkawan biasa memang ada tetapi untuk bercinta rasanya belum sampai masanya lagi.

Sebelum bercinta, Najwa ingin menunaikan dahulu impian beliau yang ingin membahagiakan keluarganya kerana mereka adalah tulang belakang kepada kejayaan beliau selama ini.

Selain karier dan pengajian, keluarga juga fokus saya. Mereka adalah cinta saya. Tiada teman lelaki pun tidak mengapa kerana selagi keluarga bersama saya, ia sudah cukup membahagiakan.

Baguslah Najwa kalau anda mempunyai fikiran sebegitu, bercinta ini ada baik buruknya lebih baik fokus kepada pelajaran untuk jaminan masa depan lebih cerah. Syabas, kerana tidak pernah lupa akan jasa keluarga anda.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...