Baru-baru ini, di laman Facebook, seorang wanita berkongsikan kisah mengenai ibu mertuanya yang menerima kifarah selepas derhaka terhadap suami.
Melalui kisah terbabit, wanita tersebut sering melihat ibu mertua tidak melayani bapa mertua dengan baik, malah malu mahu menguruskan suami sewaktu rakan datang ke rumah.
Biarpun berasa sedih melihat layanan yang diterima oleh bapa mertua, wanita terbabit yang juga merupakan menantu tidak mampu membuat apa-apa serta enggan masuk campur.
Sehingga bapa mertua meninggal dunia, wanita terbabit berkata kini dia melihat sendiri Allah membalas segala perbuatan kasar yang dilakukan oleh ibu mertua.
Kata wanita itu, ketika ini anak-anak ibu mertua semua berpindah ke luar kota dan hanya mampu bantu hal-hal yang kecil sahaja.
Malah, keadaan ibu mertua juga tidak terurus kerana najisnya hanya mampu dibersihkan jika anak-anak pulang ke rumah serta makanan juga tiada siapa yang menyediakannya.