Najib Razak Dan Rosmah Mansor Bakal Muncul Dalam Dokumentari Netflix ‘Dirty Money’ Musim Kedua

Trending

Najib Razak Dan Rosmah Mansor Bakal Muncul Dalam Dokumentari Netflix ‘Dirty Money’ Musim Kedua

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak bakal membuat kemunculan di dalam salah satu dokumentari ditayangkan di Netflix. Tidak tampil keseorangan, isteri beliau iaitu Datin Seri Rosmah Mansor juga akan muncul di dalam dokumentari Dirty Money musim yang kedua.

Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan itu akan membuat kemunculan di dalam salah satu episod bertajuk ‘Man at the top’ yang diarahkan oleh Zach Heinzerling. Jika dilihatkan pada bahagian deskripsi ditulis Netflix, episod itu bakal menampilkan sesi wawancara khas bersama Najib Razak tentang skandal 1MDB.

Advertisement

Dirty Money memberikan pandangan seseorang secara dekat yang tidak diceritakan kepada umum mengenai skandal yang terpalit, penyelewengan kewangan dan rasuah dalam dunia perniagaan. Musim ini akan menerokai kes empayar hartanah Jared Kushner, skandal perbankan Wells Fargo dan kes rasuah 1MDB Malaysia.

Seperti yang diketahui umum, Datuk Seri Najib Razak dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram. Sementara Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dengan pertuduhan berkaitan projek membekalkan tenaga solar di sekolah terletak di Sarawak.

Dokumentari siri penyiasatan mengenai korupsi korporat dan kerajaan ini bakal ditayangkan di Netflix bermula 11 Mac 2020.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...