Najib Razak Akan Lakukan Sumpah Laknat Selepas Solat Jumaat Esok

Trending

Najib Razak Akan Lakukan Sumpah Laknat Selepas Solat Jumaat Esok

Kes pembunuhan Atlantuya kembali hangat diperkatakan selepas Azilah Hadri membuat pengakuan Datuk Seri Najib Razak memberinya arahan untuk membunuh wanita itu. Azilah yang merupakan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) membuat pengakuan itu pada 16 Disember lalu.

Baca: Azilah Hadri Mengaku Bunuh Atlantuya Shaaribu Atas Arahan Bekas PM Najib

Advertisement

Menerusi laman Facebook miliknya, Najib memberitahu akan menjalankan sumpah laknat untuk menepis dakwaan itu.

Saya berhasrat melakukan sumpah laknat menafikan dakwaan yang terkandung dalam Akuan Bersumpah yang dikeluarkan Azilah Hadri. Sumpah laknat ini akan saya buat di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara sejurus selepas Solat Jumaat minggu ini.

Sekian, terima kasih.

Di dalam akaun berkanun (SD) yang menggemparkan itu, Azilah menceritakan dengan lebih terperinci berkenaan apa yang menurutnya sebagai “kebenaran” tentang pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...