Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Lapor, Harian Metro.
Susulan itu, pelakon dan usahawan Fizo Omar turut bersuara dan memberi teguran kepada orang ramai yang menyindir Datuk Seri Najib menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.
Menurut Fizo, hukuman penjara yang dijatuhkan kepada Najib tidak seharusnya diraikan dan disorak oleh orang ramai.
Pandanglah dari sudut yang berbeza dimana ini adalah percaturan yang maha hebat Allah SWT yang saya percaya ada mesej yang tersirat untuk kita semua.
Jelasnya lagi, semua rakyat Malaysia berada dibawah undang-undang yang sama dan tidak ada kelebihan berdasarkan jawatan, pangkat mahupun kuasa.
Soal tentang kebenaran diatas apa yang dilakukan, itu hanya tuan punya badan dan Allah sahaja yang mengetahuinya.
Tambahnya lagi, kita sebagai rakyat biasa hanya disajikan dengan laporan dari media dan tidak sepatutnya untuk terus menghina dan menghukum bekas perdana menteri itu.
Malah, Fizo turut menceritakan pengalamannya apabila berpeluang berkerjasama dengan Najib selain turut berterima kasih atas jasa dan pengorbanannya.
Terlalu banyak kebaikannya untuk saya ceritakan disini, dan tidak dinafikan juga, kita rakyat Malaysia dapat menikmatinya sepanjang kepimpinannya.
Dalam pada itu, pelakon itu berharap moment bersejarah ini dapat membuka mata semua pihak dan juga memberi amaran keras kepada ahli-ahli politik dan juga pemimpin-pemimpin bahawa Malaysia mempunyai undang-undang dan sesiapa pun tidak terkecuali di bawah undang-undang negara.
Semoga Najib dan seluruh ahli keluarga tabah menghadapi dugaan ini, dan sama-sama lah kita doakan hikmah kebaikan disebalik apa yang berlaku.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.