Naim Daniel Terlibat Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja

Hiburan

Naim Daniel Terlibat Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja

Gempar di media sosial ketika ini apabila penyanyi muda, Naim Daniel kini difahamkan terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Advertisement

Menurut perkongsiannya di laman Instagram, penyanyi lagu Sumpah ini memaklumkan beliau sedang berada dalam perjalanan untuk menyelesaikan urusan kerja, namun tidak menjangkakan akan berlaku kemalangan.

Melihat kepada foto yang dimuat naik, jelas kelihatan kenderaan yang dipandu pemegang trofi Anugerah Juara Lagu Ke-34 ini remuk di bahagian hadapan.

Bagaimanapun, beliau dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan kerana beliau sendiri menjelaskan dirinya berada dalam keadaan selamat dan tetap tenang mengendali ujian yang menimpanya.

Terkenal dengan sikap profesionalnya, Naim juga akui syukur kerana beranggapan kemalangan terjadi ini adalah satu bentuk rezeki untuknya pada hari ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa lega kerana tiada sebarang kecederaan serius berlaku terhadapnya, bahkan Naim menegaskan hanya rahangnya sahaja yang terkehel kerana hentakan yang terjadi semasa kemalangan tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...