Naim Daniel Suka Duduk Dalam Bilik, Elak Bergaduh Dengan Ibu

Hiburan

Naim Daniel Suka Duduk Dalam Bilik, Elak Bergaduh Dengan Ibu

Ketika ini ramai gusar dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat angkanya di seluruh dunia, tapi disebalik itu, sebenarnya “wabak” berita palsu lebih berbahaya daripada virus pandemik. Hampir setiap hari rasanya kita mendapat pelbagai mesej melalui aplikasi WhatsApp sehingga mencetuskan rasa panik dan membuat orang ramai lebih bimbang. Malah, ada ibu bapa kita yang percaya dengan berita tersebut.

naim daniel elak bergaduh dengan ibu

Advertisement

Perkara itu mendapat perhatian penyanyi Naim Daniel yang memberikan pesanan agak sinis menerusi menerusi sebuah lagu yang digubahnya.

Lagu ini untuk pak cik, mak cik dalam group WhatsApp

Menurut Naim, pesanan itu ditujukan kepada mereka yang berada di dalam group WhatsApp bersama ibunya supaya jangan kongsikan sebarang berita palsu dan petua mengarut untuk menghapuskan wabak COVID-19.

Kalau anda juga mengalami masalah yang sama, bolehlah kongsikan lagu nasihat Naim ini. Ketika itu, janganlah lagi tertipu dan terlalu mempercayai berita yang disebarkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...