Penyanyi dan juga pelakon hebat, Naim Daniel memohon agar mana-mana ejen insurans tidak menggunakan isu pemergian Allahyarham Siti Sarah sebagai salah satu cara modal penjualan mereka.
Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin telah meluahkan kenyataannya itu dengan membuat ciapan di akaun rasmi Twitternya.
Kalau ada mana-mana ejen insurans yang guna modal kematian arwah Kak Siti Sarah nak cerita pasal hibah dan sebagainya;
Korang memang hilang manusia dalam diri.
— Naim Daniel (@naimdanielx) August 9, 2021
Tidak terhenti disitu saja, penyanyi Sumpah itu turut meninggalkan komen teguran di sebuah video seorang pelakon di Instagram apabila menjadikan berita duka ini sebagai salah satu content.
Sekadar info, awal pagi Isnin, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan khabar berita duka apabila pelawak Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya iaitu Siti Sarah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Univerisiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.