Naim Daniel Kongsi Hantaran Pertama Di TikTok Sejak Nama Terpalit Kes Amang Seksual – “Apa Takdir Mendengar…”

Hiburan

Naim Daniel Kongsi Hantaran Pertama Di TikTok Sejak Nama Terpalit Kes Amang Seksual – “Apa Takdir Mendengar…”

Sejak terpalit kontroversi kerana didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan bawah umur, penyanyi dan pelakon Naim Daniel perlahan-lahan seakan menyepi.

Jarang terlihat di mana-mana hantaran atau mengemas kini akaun media sosial, Naim hanya muncul bersama peguam ketika di mahkamah.

Advertisement

2025-08-18 10:41:36

Perkembangan Terkini Kes Amang S*ksual Naim Daniel, Selesai Serah Dokumen

Terbaru, penyanyi itu meraih perhatian selepas dia memuat naik hantaran pertama di akaun TikTok sejak namanya terpalit kes berkenaan.

Menerusi hantaran itu, Naim berkongsi beberapa foto ketika waktu kecilnya sebelum di akhirnya memaparkan gambarnya ketika di mahkamah.

Apa kau melihatku, seadanya, seikhlasnya, setulusnya? Apa takdir mendengar hati kita?

TikTok Naim Daniel

Hantaran terakhir penyanyi berusia 27 tahun itu adalah pada bulan 6 yang lalu ketika menjual bukunya bersama pempengaruh digelar Ustaz Adnin.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat mengucapkan selamat kembali kepada Naim dan tak kurang juga mereka yang mendoakan agar urusan penyanyi itu dipermudah.

Dalam pada itu, sesetengah peminat dilihat berharap agar kes yang membabitkan nama Naim hanyalah fitnah dan dia berada di pihak yang benar.

TikTok Naim Daniel

TikTok Naim Daniel

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...