Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Naik Pentas Sambil Gantung Pod Vape Di Leher, Shaheizy Sam Dikecam Tak Sensitif

Tindakan pelakon Shaheizy Sam menggantung beberapa rokok elektronik atapun lebih dikenali sebagai pod di kalangan penghisap Vape ketika naik pentas bagi menyampaikan anugerah bagi majlis ABPBH ke-33 malam tadi telah mengundang kontroversi di kalangan peminat dan juga pengamal kesihatan.

Semalam, pengendali akaun Facebook Public Health Malaysia (PHM) telah memuat naik foto Shaheizy di media sosial tersebut dan menyifatkan artis itu tidak sensitif kerana mempromosikan penggunaan vape dalam masyarakat.

Advertisement

“Jangan sembang pasal Prosedur Operasi Standard (SOP) jika Vape pun dipromosikan”, begitulah kapsyen yang dimuat naik PHM di laman Facebook.

Sedih sangat melihat budaya buruk dipromosikan sebegini. Bukan tak ada ahli produksi yang boleh menyaring penampilan…

Posted by Public Health Malaysia on Friday, 13 November 2020

Meninjau ruangan komen entri yang dimuat naik itu, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kesal dan marah atas tindakan pelakon filem Polis Evo itu. Ada juga yang merasakan Shaheizy seolah-olah tidak cakna dan tidak menghiraukan mengenai bahaya merokok dalam kalangan masyarakat.

Ketika ditemui media, Shaheizy Sam menjelaskan dirinya terlupa untuk menanggalkan pod tersebut sebelum naik ke pentas utama.

Advertisement

“Terlupa sebab kelam kabut. Memang sejak dahulu lagi, saya ke hulu hilir bawa banyak vape sebab bateri cepat habis. “

Setelah entri itu dimuat naik di media sosial Facebook, status  PHM itu telah mengundang lebih 4,000 komen dan ratusan perkongsian oleh pengguna Facebook.

Sumber : Kosmo Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. tecit

    November 16, 2020 at 9:09 am

    penganjur pon xperasan la tu kot. sam pon xpasan. kan die dah btau die lupe nk tanggal. mmg die bawa benda tu kulu kilir sebab die salu habis bateri. sbb tu kene gantung 2 3. mungkin die xde niat nk promote. just benda tu keperluan diri die je.

    aku penah minat die. sbb die belakon mmg mantap. jd aku xnk sebab 1 je kesalahan die ni aku terus xminat die. die masih osem.

  2. Ra

    November 15, 2020 at 12:03 am

    Cuaiii….telan terus benda tu kalau x boleh berenggang langsung

  3. Armadan Hamdan

    November 14, 2020 at 7:30 pm

    PLEASE BAN HIM FROM THIS INDUSTRY!

  4. Elliza Razak

    November 14, 2020 at 7:28 pm

    SHAHEIZY SAM, SILA BERAMBUS DARI INDUSTRI INI!

  5. Sabri Ali @ Nick

    November 14, 2020 at 7:25 pm

    KENAPA PIHAK BERITA HARIAN TIDAK PANTAU?

Leave a Reply to Ra Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top