Boleh dikatakan kini rakyat Malaysia lebih memilih untuk membeli belah atas talian dan mereka selalunya akan menggunakan ‘Buy Now Pay Later’, dimana membolehkan mereka membayar secara ansuran jika mahu membeli.
Jumlah tunggakan ‘Buy Now Pay Later’ naik cecah RM1 bilion
Dapat dilihat dalam perkongsian The Futurizts di laman X, jumlah tunggakan bayaran BNPL kini sudah mencecah RM1 bilion, dimana jumlah tersebut meningkat dalam tempoh setahun sahaja.
Difahamkan, pada tahun 2023, tunggakan bayaran untuk BNPL adalah sebanyak RM0.7 bilion tetapi pada tahun 2024, ia meningkat hingga RM1.42 bilion, di mana platform seperti Grab, Shopee dan Atome memegang 96 hingga 97 peratus daripada jumlah volume serta nilai transaksi.
From 2023 to 2024, the total outstanding balance for BNPL grew 200% to RM1.42 billion.
Grab, Shopee, and Atome currently hold 96-97% of the total transaction volume and value.
More numbers. 🧵 https://t.co/s1FW9LB4HL pic.twitter.com/EtSqW6V7yX
— The Futurizts (@TheFuturizts) February 17, 2025
Sebahagian besar urus niaga BNPL adalah bernilai harga rendah, antara RM40-RM500 dan purata transaksi sebanyak RM84.
Pembayaran lebih mudah, banyak risiko
Hal ini bermaksud, orang ramai menggunakan khidmat BNPL untuk membeli barangan harian seperti makanan, perlengkapan serta hiburan.
Susulan kenaikan tunggakan bayaran naik secara mendadak dalam tempoh setahun, data menunjukkan kini lebih ramai orang menggunakan kaedah bayaran BNPL kerana lebih mudah.
Bagaimanapun, BNPL ini boleh mendatangkan risiko buat seseorang kerana ia menggalakan pengguna untuk berbelanja selalu dan berlebihan.