Bosan setiap kali hujung minggu asyik ke mall je? Tak tahu aktiviti menarik yang boleh dilakukan seisi keluarga? Jom ke Gamuda Cove International Biodiversity Day 25 dan 26 Mei ini!
Banyak aktiviti menarik menanti
Bertemakan Harmony in Diversity, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik. Kali ini, Gamuda Cove bekerjasama dengan jenama produk penjagaan diri L’Occitane.
The Urban People Market
Jangan ketinggalan juga untuk singgah ke The Urban People Market untuk menikmati pelbagai menu istimewa dijual,, nak window shopping pun boleh!
Belon udara panas & cold inflation
Sepanjang acara ini, pengunjung boleh menaiki belon udara panas untuk merasai sendiri pengalaman seumur hidup menikmati pemandangan dari atas.
Pengalaman ini berdasarkan siapa cepat dia dapat, bagaimanapun, pengunjung juga boleh bergambar dengan belon cold inflation dari bawah.
Yoga di taman
Penat seminggu bekerja? Perlukan sesi regangan? Jom sertai yoga di taman selama 40 minit, pastikan bawa tikar yoga korang sendiri tau!
Jangan lupa juga untuk mendaftar dengan RSVP sebelum menyertai aktiviti ini.
Workshop upcycle
Kalau sebelum ni tengok je dalam video atau media sosial, apa kata kali ini tengok sendiri depan mata proses transformasi plastik kitar semula.
Bayangkan penutup botol plastik dipanaskan dan dibentuk menjadi produk lain seperti bahan terpakai.
Workshop buat kombucha
Asyik minum je, jom masa event nanti cuba sendiri buat minuman sihat kombucha pula!
Dekati dan belai alpaca
Ada juga penampilan alpaca yang comel masa event nanti. Boleh lah nak belai-belai atau bergambar bersama. Cutenya!
Pertunjukan burung kakak tua
Sesi melihat kecomelan burung kakak tua yang pasti membuatkan anak-anak suka. Jangan ketinggalan pula!
Peraduan fotografi di Townsquare Park
Nak menang hadiah menarik? Jom sertai peraduan fotografi di Townsquare Park dengan beberapa langkah:
-Ambil gambar kreatif di Townsquare Park. Kemudian muat naik ke Facebook atau Instagram dari 23 Mei hingga 23 Jun 2024.
-Masukkan hashtag #GamudaCoveXLOccitaneGarden dan tag Gamuda Cove.
-Pemenang akan diumumkan secara online.
Kitar semula dan peluang menang cabutan bertuah
Korang juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah dengan mengitar semula barang-barang seperti plastik, kertas, aluminium dan botol kosong produk penjagaan diri.
Hadiah berupa produk L’Occitane, escooter, dan bermacam lagi menanti korang.
Jom ke Gamuda Cove International Biodiversity Day, butiran seperti di bawah:
Tarikh: 25 & 26 Mei 2024 (Sabtu & Ahad)
Masa: 4 petang – 9 malam
Lokasi: Townsquare Park, Gamuda Cove
Untuk info lanjut, jangan lupa Gamuda Cove di Facebook dan Instagram.