Nahas Trak PRU: Pemandu Lori Batu Kerikil Ada Pelbagai Rekod Jenayah Lampau, Kebanyakannya Berkaitan Dadah

Trending

Nahas Trak PRU: Pemandu Lori Batu Kerikil Ada Pelbagai Rekod Jenayah Lampau, Kebanyakannya Berkaitan Dadah

Pemandu lori muatan batu kerikil yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin pemandu itu berusia 45 tahun dan enam rekod jenayah lampaunya adalah berkaitan dadah.

Advertisement

Dia mempunyai enam rekod jenayah lampau, terutamanya kesalahan dadah. Pemandu yang kini dalam tahanan polis itu juga dipercayai mempunyai beberapa saman trafik tertunggak.

foto trak FRU kemalangan teluk intan

Tambah Noor Hisham, ujian air kencing awal yang dilakukan terhadap pemandu terbabit menunjukkan keputusan negatif namun siasatan lanjut masih dijalankan pihak polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian.

Dalam pada itu, Noor Hisham juga berkata polis memastikan semua proses bedah siasat, pemberitahuan kepada keluarga, dan urusan pengebumian diuruskan dengan penuh hormat.

Bagi yang cedera, ada yang masih dalam keadaan kritikal di zon merah, manakala yang lain di zon kuning. Tiga sedang dirawat di Hospital Teluk Intan.

 

Tujuh kenderaan terbabit dalam konvoi. sebuah lori, empat trak berat, dan dua Land Rover. Kenderaan yang terbabit ialah yang kelima dalam barisan, salah satu trak kargo yang membawa peralatan… sebab itu impaknya teruk dan menyebabkan kematian

2 hours ago

"Bagi Tengok Gambar Dulu Sebelum Mat*, Manalah Tahu.." - Abang Kongsi Adik Pernah Beri 'Bayangan' Sebelum Tragedi FRU

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...