Nahas SUV Terjunam Di Jambatan Pulau Pinang : Pemandu Toyota Vios Positif Ganja

Trending

Nahas SUV Terjunam Di Jambatan Pulau Pinang : Pemandu Toyota Vios Positif Ganja

Hujung minggu lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita kemalangan sebuah kereta SUV jenis Mazda CX-5 yang terjunam ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi Ahad. Difahamkan, kenderaan SUV itu dirempuh sebuah lagi kenderaan jenis Toyota Vios sebelum berpusing dalam perjalanan dari Georgetown menghala ke Seberang Perai.

Advertisement

Identiti pemandu SUV itu dikenalpasti sebagai Moey Yun Peng dan dikatakan mangsa dan pemandu Toyota Vios itu adalah rakan sejak di bangku sekolah lagi.

Ketika kejadian berlaku mereka sebenarnya dalam perjalan pulang selepas menyambut parti hari jadi di sebuah kelab.

Terbaru, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan tersebut didapati positif dadah jenis ganja. Walaubagaimanapun, lelaki berusia 21 tahun itu terselamat dan mengalami kecederaan di kepala,kaki dan tangan.

Ada beberapa dakwaan mengatakan kedua-dua pemandu itu sedang berlumba sebelum kemalangan berlaku. Namun, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berdasarkan dakwaan tersebut.

Moey Yun Peng

Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dalam jarak seluas 2 batu nautika dari lokasi kejadian, membabitkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Pasukan Polis Marin. Semoga segala urusan operasi ini dipermudahkan.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Video : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...