Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mendedahkan seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dikatakan meminta pemandu bas untuk memperlahankan kenderaan namun rayuannya tidak diendahkan.
Memetik laporan Harian Metro, perkara itu dimaklumkan ketika Noraini hadir ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk melawat mangsa yang terselamat iaitu Lili Suzana Mat Yaakob dan Nor Erika Elysha Mohd Zaidi.
Kata Noraini, Lili Suzana memberi amaran bahawa bas dipandu itu terlalu laju. ‘
Dia (Lili Suzana) berkata pemandu memandu laju dan dia menegur pemandu berkali-kali supaya tidak memandu dengan laju.
Dia masih trauma. Dalam situasi sebegitu, sesiapa pun pasti akan trauma, apatah lagi apabila kenderaan terbalik.
Dalam pada itu, Noraini turut memaklumkan bahawa kementeriannya akan menyalurkan bantuan segera dan perkhidmatan kaunseling kepada semua yang terkesan akibat tragedi itu.

Kita minta pelajar jangan risau kerana pihak UPSI, hospital, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa ada untuk membantu.
Sebelum ini, media melaporkan seramai 15 pelajar UPSI terkorban dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat awal pagi semalam.
Bas berkenaan dalam perjalanan dari Jerteh ke kampus utama universiti di Tanjung Malim.