Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka kertas siasatan untuk membawa pengendali syarikat bas yang terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke mahkamah.
Menurut Harian Metro, Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke berkata, tindakan ini akan diambil kerana syarikat berkenaan gagal beroperasi mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
Memang sebelum ini pernah ada kes yang kita bawa ke mahkamah membabitkan pengendali walaupun dia bukan pemandu, tetapi sebagai pemilik syarikat pengendali mereka juga ada tanggungjawab.
Dalam kes ini, memang saya rasa JPJ patut buka kertas siasatan dan selepas itu dirujuk kepada Peguam Negara.
Kata Loke, syarikat pengendali bas itu juga didapati gagal mematuhi komponen mandatroti Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA).
Menurutnya, antara tujuh komponen mandatori dalam audit JISA, adalah keperluan untuk mempunyai penyelia keselamatan dalam syarikat serta sistem penentu kedudukan global (GPS) untuk memantau kelajuan kenderaan.
GPS tidak diaktifkan. Ketiga, had maksimum lapan jam pemanduan mesti dipatuhi oleh pemandu, dia (pemandu) tiada pemantauan daripada syarikat. Keempat, keperluan waktu rehat 30 minit setiap empat jam pemanduan, GPS dipasang dalam semua kenderaan. Keenam pula, pelan tindakan kecemasan dan ketujuh, hotline syarikat disediakan. Kesemua komponen ini gagal dipatuhi.
Sebelum ini, pemangku Ketua Polis Daerah Gerik Deputi Superintendan Muhammad Firdaus Abdullah berkata, pemilik syarikat berkenaan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik untuk diambil keterangan.