Dalam kemalangan yang meragut nyawa 15 nyawa di Gerik, Perak awal pagi tadi, barangan dan juadah yang dibawa pulang dari rumah keluarga menjadi saksi bisu insiden terbabit.
Menurut Kosmo, ketupat dan rendang antara barangan yang dibawa oleh pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk pulang ke kampus di Tanjung Malim.
Selain juadah raya tersebut, antara barangan peribadi lain yang dijumpai berselerakan di dalam bas adalah wang kertas dan bekas minuman.
Terdahulu, media melaporkan bas yang membawa lebih 40 pelajar UPSI itu dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke Tanjung Malim.
Akibat kemalangan itu, sekurang-kurangnya 15 maut dalam kemalangan yang membabitkan bas dan Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB).
View this post on Instagram