Nahas Lion Air: Antara Fakta Yang Diketahui Setakat Ini, Mangsa Pertama Dikenal Pasti

Trending

Nahas Lion Air: Antara Fakta Yang Diketahui Setakat Ini, Mangsa Pertama Dikenal Pasti

Berikutan kejadian malang yang menimpa pesawat Lion Air JT-610 dari Jakarta ke Pangkalpinang Isnin lalu, Kementerian Pengangkutan Indonesia telah membuat keputusan untuk memecat pengarah teknikal dan beberapa juruteknik syarikat penerbangan itu. Tetapi tidak ada sebarang pengesahan sama ada pemecatan itu bersifat kekal atau sementara.

Sumber: Flight Radar

Nahas yang telah meragut seramai 189 mangsa termasuk penumpang dan anak kapal itu telah disahkan menghadapi masalah teknikal pada penerbangan sebelumnya termasuk kelajuan udara yang luar biasa. Perkara itu disahkan sendiri oleh pegawai jawatankuasa pengangkutan Indonesia.

Advertisement

Pesawat itu menghadapi masalah dalam sistem ‘pitot’ statik iaitu alat membekalkan ukuran kelajuan dan ketinggian pesawat kepada komputer penerbangan. Sehingga menyebabkan pesawat itu terumbang-ambing dan menjunam ketika terhempas ke dalam laut Tanjung Kerawang. Pesawat tersebut sebelumnya terbang dari Denpasar ke Cengkerang (Jakarta).

Sumber; Berita Harian

Bagaimanapun, sebelum ini, Ketua Eksekutif Lion Air, Edward Sirait, telah menegaskan yang masalah tersebut telah diselesaikan mengikut prosedur ditetapkan.

Pihak kerajaan Indonesia juga turut mengarahkan pemeriksaan penuh ke atas pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 milik syarikat penerbangan nasionalnya. Pesawat yang terlibat dalam nahas di perairan Tanjung Karawang, Jawa Barat itu, baharu sahaja diselenggara beberapa bulan lalu.

Pegawai Kementerian Pengangkutan mengesahkan pemeriksaan ke atas pesawat Garuda dan Lion Air sudah bermula pada Selasa. Pihak Lion Air juga telah berjumpa dengan pengeluar pesawat Boeing tersebut untuk mendapatkan keterangan sebenar mengenai pesawat yang digunakan dalam nahas tersebut.

Pihak Boeing juga menyedari tentang laporan kemalangan pesawat tersebut dan sedang memantau dengan teliti keadaan ini.

Sumber: AFP

Selain itu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mendakwa telahpun dapat mengesan isyarat ping dari kotak hitam pesawat itu di dasar laut. Isyarat itu dikatakan telah diterima kapal pengesan Baruna Jaya I milik Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT).

Robot Kenderaan Kawalan Jauh Dasar Laut (ROV) yang digunakan dalm misi mencari dan menyelamat ini secara tidak langsung mampu membantu mengesan posisi bangkai pesawat tersebut. Isyarat ping itu juga merupakan satu perkembangan yang baik kerana ia akan membawa kepada bahan bukti tentang kejadian sebenar yang berlaku sebelum pesawat itu menjunam ke dalam lautan.

Sumber: AFP

Setakat ini Sehingga lewat malam tadi, 56 beg jenazah mangsa telah dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Polri, Jakarta untuk dibedah siasat dan juga dilakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan mayat mangsa yang terlibat dalam kemalangan pesawat terhempas.

Pihak berkuasa Indonesia telah mengenal pasti identiti salah satu mayat mangsa nahas pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di perairan Karawang, Indonesia pagi Isnin lalu.

Mangsa disahkan sebagai seorang wanita dengan pengenalan nama Donatun Cyntia Dewi, berusia 24 tahun dan dilahirkan di Sidoarjo pada 12 September 1994. Identiti dapat dikenal pasti menerusi analisis cap jari.

Proses kenal pasti mangsa selebihnya masih berjalan sehingga kini.

Sumber: Awani, Reuters

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...