“Nafkah & Tempat Tinggal Semua Dah Lengkap, Adakah Dosa Saya Jika Isteri Tidak Redha Dan Masih Makan Hati?” – Abang Tesla

Kehidupan

“Nafkah & Tempat Tinggal Semua Dah Lengkap, Adakah Dosa Saya Jika Isteri Tidak Redha Dan Masih Makan Hati?” – Abang Tesla

Untuk info ramai, sekarang ini pempengaruh media sosial, Abang Tesla sedang mengerjakan ibadah umrah tetapi hal yang menjadi persoalan apabila kedua-dua isteri tidak mengikutinya.

Rumah tangga dengan isteri pertama sedang bergolak?

Susulan itu, netizen membuat spekulasi bahawa isteri pertamanya iaitu Nurmajdina sering memuat naik semula video dan ayat sedih di TikTok dan ramai merasakan rumah tangga mereka kini sedang goyah.

Advertisement

Terbaru, Abang Tesla ada bertanyakan seorang ustaz berkaitan nafkah batin iaitu hati dan perasaan seorang isteri.

Kata pempengaruh itu, dirinya sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik seperti memberi nafkah yang cukup, tempat tinggal, makanan, perubatan dan pakaian.

‘Berdosa ke saya kalau isteri tak redha?’

Bagaimanapun, untuk menerima takdir Allah SWT, hati seorang isteri tidak dapat lari daripada rasa kecewa dan sedih, jadi Abang Tesla bertanya adakah dosa untuk dirinya jika mengabaikan perasaan isteri.

Hati ni, untuk terima tu mungkin dia akan sedih. Soal hati ni macam mana ustaz? Orang cakap hati ni termasuk dalam nafkah batin. Berdosa saya jika isteri tak redha?

Persoalan yang ditujukan oleh Abang Tesla telah meraih perhatian ramai, di mana ada yang memuji keberaniannya untuk bertanya sedemikian dan ada juga berharap lelaki terbabit dalam menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi dengan baik.

4 months ago

Abang Tesla Rayu Netizen Henti Serang Dua Isterinya - “Saya Sanggup Sujud Minta Maaf, Janji Korang Tak Ganggu Mental Mereka”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...