September 11th, 2019

Hangat diperkatakan mengenai kes perceraian pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila pada pagi tadi. Menerusi prosiding di mahkamah, Sharnaaz menolak permohonan tuntutan cerai yang difailkan oleh Nabila kerana ingin cuba untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

nabila nafkah rm500

Sebelum ini, ramai juga yang tertanya-tanya apakah punca pergolakan rumah tangga pasangan ini sehingga Nabila mengambil keputusan drastik mahu bercerai.

Nabila selaku plaintif menyatakan empat alasan dalam tuntutan penceraiannya bersama Sharnaaz.

sharnaaz ahmad nafkah rm500

Antara alasan Nabila ialah mereka mula tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun. Nabila juga mendakwa Sharnaaz memberikan nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 walaupun berkemampuan untuk memberi lebih daripada jumlah tersebut.

Selain itu, Nabila juga mengatakan tiada lagi persefahaman antara mereka berdua meskipun sudah berusaha pelbagai cara untuk berdamai. Malah, perbincangan melalui keluarga juga tidak berjaya.

sharnaaz ahmad noor nabilaNabila memfailkan permohonan cerai pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.

Sumber Berita : Harian Metro


38 responses to “Nafkah RM500 Sebulan Tidak Cukup Punca Noor Nabila Tuntut Cerai?”

  1. Anonymous says:

    aku tak rasa si isteri tu hadap sangat dengan duit. dia jauh lebih mampu nak tanggung diri dia & anak. kalau dah tak boleh bahagiakan kenapa nak ‘ikat lagi’ nak seksa jiwa ke apa?

  2. vicky says:

    hmm…
    korg ni
    500 tu nafkah utk dia je. x termasuk belanja anak kot.
    hmm…
    mcm aku ni
    laki bagi 50 je sebulan
    dh 5 tahun kawin
    hmm…
    patutkah aku mintak cerai?
    tapi belanja lain2 laki mmg settle semua
    belanja dapur, belanja anak, bil2 semua
    hmm…
    hmm…

  3. Fatin Farieha says:

    Untuk aku rm500 pun dah ckup utk belanja dapur dan brg anak..aku ada anak kcik 10 bln. Ckup je pun.mcm ak rm300 blnja dapurn rm100 utk anak. Hari2 nn kera jgk masak. Dari situ dah bole jimat. Anak pulak, pampers, susu,tisu basah. Mmg ckup.utk rm100. Yg pnting bijak berbelanja..

  4. Shame says:

    Org 2 laki dia x penah bagi duit bulanan. Penah masa konflik sthn xde nafkah batin sthn tau. Anak ade 2 org, elok je rmh tangga sampai sekrg. Janji jgn main betina , dadah , kaki pukul. Cukupla..belaja la erti sabar, dan terima seadanya pasangan kita ni. Moga satu ari Allah akan bagi balasan yang baik pada org sabar. Kita ni manusia xde sape sempurna.

    • Jimm says:

      Kawan kau tu tak ada option lain. Gaya hidup level rendah, nabila ni family kaya kot. Buat apa dia nak sabar dgn suami yg macam tu, when she can live well enough on her own?

  5. ikan says:

    yang cakap 500 tu banyak tu laki korang bagi korang berapa nafkah sebulan? 20sen ke? ke mmg laki korang tak pernah bagi nafkah? 500 banyak?yang lelaki cakap 500 banyak tu korang bagi bini korang berapa? ke tak bagi? makan duit bini? biawak hidup?

Loading...