Hangat diperkatakan mengenai kes perceraian pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila pada pagi tadi. Menerusi prosiding di mahkamah, Sharnaaz menolak permohonan tuntutan cerai yang difailkan oleh Nabila kerana ingin cuba untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.
Sebelum ini, ramai juga yang tertanya-tanya apakah punca pergolakan rumah tangga pasangan ini sehingga Nabila mengambil keputusan drastik mahu bercerai.
Nabila selaku plaintif menyatakan empat alasan dalam tuntutan penceraiannya bersama Sharnaaz.
Antara alasan Nabila ialah mereka mula tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun. Nabila juga mendakwa Sharnaaz memberikan nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 walaupun berkemampuan untuk memberi lebih daripada jumlah tersebut.
Selain itu, Nabila juga mengatakan tiada lagi persefahaman antara mereka berdua meskipun sudah berusaha pelbagai cara untuk berdamai. Malah, perbincangan melalui keluarga juga tidak berjaya.
Nabila memfailkan permohonan cerai pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.
Anonymous
September 11, 2019 at 5:40 pm
Kemana cinta yang dulu di agong agongkan
Lopak & co .
September 11, 2019 at 4:24 pm
40 million sales babe …. 500 tu apa … Mcm siling 5 cents aje …
Makcik onion
September 11, 2019 at 4:12 pm
Sedangkan faisal anak naza yg kaya raya tu pn bg 1k je nafkah bulanan kt anak2.. ni plak sharnaaz.. dgn anak bini pn kedekut.. mmg padan muka la
kakikucinghitam
September 11, 2019 at 4:10 pm
itu salah satu sebab je…. bukan sebab keseluruhan… sbb2 yg kritikal lg kita x tahu
Wud wud wudd
September 11, 2019 at 4:09 pm
Aku rase org kaye cm nabila tu xde heran pown pasal duet ni die sendiri lebih dr mampu..yang x tggl sebumbung setahun pe citerr?? Nafkah zahir batin yillek pe citer?? Ingat pompuan xde hati perasaan ke? Mmg patotlaaa bini ko minx cerai shanaz oiii