Nafi Terikat Dengan Perjanjian Eksklusif, Fattah Amin Akui Masih Belum Sedia Dedah Wajah Anak

Hiburan

Nafi Terikat Dengan Perjanjian Eksklusif, Fattah Amin Akui Masih Belum Sedia Dedah Wajah Anak

Tampil menafikan bahawa pihak mereka terikat dengan perjanjian eksklusif dengan mana-mana pihak, pelakon Fattah Amin dan isterinya Nur Fazura akui masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah anak sulung mereka iaitu Nur Fatima Aisya.

Advertisement

Katanya, keputusan enggan berkongsi wajah puteri kesayangan itu kepada umum dibuat atas persetujuan bersama

“Kami memang merancang berkongsi wajah anak, tetapi tidak tahu bila… Insya-Allah tidak lama lagi. Merahsiakan wajah anak adalah keputusan saya, Fazura dan keluarga. Kami sengaja berbuat demikian. Keputusan ini bukan disebabkan ada pihak tertentu atau stesen televisyen (TV) yang mahu paparan eksklusif. Tiada lagi produksi atau mana-mana syarikat mahu memaparkan wajah anak saya secara eksklusif.”

Ujar Fattah lagi, susulan pandemik COVID-19 yang menghalang penganjuran kenduri sempena majlis aqiqah dan cukur jambul juga antara faktor melengahkan pihaknya untuk berkongsi wajah anak mereka.

“Baru-baru ini, kami anjurkan acara cukur jambul tapi secara kecil-kecilan di rumah. Memang kami merancang mengadakan majlis kenduri, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Mungkin kalau boleh buat kenduri, kami sudah tunjukkan wajah anak kami. Jadi, dengan keadaan sekarang, kami tunda cadangan mendedahkan wajah Nur Fatima.”

Untuk rekod, Fattah memaklumkan bahawa anak perempuannya itu tidak akan memiliki akaun Instagram, namun, semua fotonya dikongsi dalam akaun mereka iaitu Fattzuralovelife.

Terdahulu, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata Nur Fatima pada 2 Oktober lalu.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...