Penyanyi Nabila Razali dikhabarkan terpaksa melupakan hasrat untuk melakukan persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik (SAMM35) disebabkan oleh masalah kesihatan.
Nabila yang sepatutnya menyanyikan lagu Peluang Kedua pada malam Ahad ini telah dinasihatkan doktor supaya tidak melakukan persembahan kerana bimbang akan menganggu kesihatan tubuh badannya.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pengurus Nabila iaitu Asrul Abdul Talib setelah turut diberi nasihat oleh guru vokal Datuk Syafinaz Selamat dan juga komposer lagu terbabit iaitu Hael Husaini dan MFMF.
View this post on Instagram
“Ini adalah keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SFMM antara impiannya sejak bergelar penyanyi. Dia sudah jalani latihan vokal sejak Spetember lalu dengan Datuk Syafinaz sebagai persiapan awal. Namun masalah kesihatan Nabila dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk.”
Menurut Asrul lagi, pelbagai usaha dari segi rawatan telah dilakukan namun keadaan Nabila kini telah memaksa penyanyi itu untuk berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan yang terbaik.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu turut memberitahu sedang berusaha mencari pengganti terbaik untuk menggantikan Nabila menyanyikan lagu hits berjudul Peluang Kedua itu pada malam Ahad ini.
Turut menafikan bahawa apa yang terjadi hanyalah sekadar gimik, Asrul berkata perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pihak produksi dan mengatakan jika bukan atas sebab masalah kesihatan, Nabila Razali sudah pasti telah bersedia untuk melakukan persembahan pada malam itu nanti.
Sumber : Astro Gempak