Mengakui dirinya bersama suami, Ude Wahid berada di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa lalu bertujuan untuk menguruskan denda yang diperintahkan oleh mahkamah, pelakon Izreen Azminda nafi rumah tangganya goyah dilanda badai.
Menurut Izreen spekulasi rumah tangganya yang bermasalah adalah tidak benar. Hal ini kerana perkahwinan mereka dikhabarkan masih utuh tanpa sebarang masalah.
https://www.instagram.com/p/CC7dqYAn75d/
“Landa badai apa? Saya pergi uruskan denda yang dah bertahun baru mahkamah panggil semalam. Elok je sister (saya) kat rumah dengan suami ni.”
Izreen juga dilihat berang dengan tindakan laporan sebuah portal hiburan berkenaan desas-desus kononnya rumah tangga mereka berantakan.
Bagaimanapun, Izreen seakan menyindir portal berkenaan seolah kekurangan idea dalam menghasilkan cerita tanpa sebarang usul periksa.
“Kering idea dah ke nak buat story, gitew lah blogger sekarang, interviewnya tidak. Sedeyyyy!!”
Untuk rekod, Izreen dan Ude telah melangsungkan perkahwinan pada 8 Ogos 2017 secara rahsia. Malah pada ketika itu Ude dikatakan masih bergelar suami kepada Intan Liana Salleh. Namun selepas kecoh di media sosial tentang masalah rumah tangga yang melanda mereka, Ude mengambil keputusan menceraikan Intan pada Mac 2018.

Benci perampas laki orang
July 23, 2020 at 9:53 pm
Kalau cerai pun takpe. Perampas takkan pernah bahagia pun huh ?
Sabri Ali @ Nick
July 23, 2020 at 7:50 pm
THIS GARBAGE BITCH AGAIN
Elliza Razak
July 23, 2020 at 7:49 pm
BETINA JALANG INI LAGI
nenek
July 23, 2020 at 12:16 pm
btl la bloger ape yg izreen ckp tu. knp nk up cter dia.. penting ke.. msti ke smua org kne tau. dia femes ke. rse mcm buang mse je.. sedeyy!!! terasa buang mse bce cter dia. sedeyy weiiii