August 28th, 2018

Usahawa kosmetik, Datuk Seri Vida menafikan dakwaan rantai berlian  bernilai RM80,000 yang diberikan sebagai hadiah kepada penyanyi Aishah sebagai juara Gegar Vaganza 4 adalah palsu.  Menurut beliau, barangan kemas tersebut adalah daripada koleksi peribadinya sendiri yang dibeli dengan harga yang mahal.

Atas segala dakwaan mengenai rantai itu yang sudah menjadi viral, DSV meminta Aishah untuk memulangkan semula rantai berlian tersebut agar dapat digantikan pula dengan ganjaran lain iaitu Lavida Coin yang lebih tinggi nilainya.

Minta pada Aishah pulangkan balik rantai itu kalau ia menjadi satu benda yang menjadi masalah kepada Malaysia sebab ramai yang dapat dosa. Pulangkan. Habis cerita.

Buruk siku ke? Kalau saya minta balik? Rasanya tak, kalau saya minta balik dengan tujuan untuk meredakan keadaan. Bagilah balik, biar saya pakai rantai itu. Kalau itu yang menjadi masalah dan menjadi sumber dosa kepada warganet, saya akan ganti dengan Lavida Coin yang ada nilai sangat luar biasa.

Itu adalah barang kemas saya, memang saya beli dengan harga yang mahal tapi bukan batu sintetik. Saya bagi itu adalah rantai berlian dan saya bagi seikhlas hati kerana saya rasa nak bagi jiwa pada peserta.

Pada masa yang sama,  DSV memberitahu beliau sanggup bersemuka dengan Aishah bagi menyelesaikan segala rasa tidak puas hati ataupun kemelut antara mereka dan berharap Aishah tidak lagi mengeruhkan keadaan kerana beliau akan sedia membantu menyelesaikan apa sahaja konflik yang tercetus.

Sumber Berita : Utusan Online


52 responses to “Nafi Palsu : Datuk Seri Vida Minta Aishah Pulangkan Rantai Berlian”

  1. Lisa says:

    Maaf,
    Kalau fikit secara logik, kalau betullah berlian tu palsu dan DSV tahu, tentu dia takkan beri sebagai hadiah. Untuk apa dia nak jatuhkan imej dia.
    Buat Kak Aishah, bincanglah baik2. Jaga aib masing2 agar Allah menjaga kita.

    Buat DSV, berhati2 ramai yg jadi penasihat tu mengaut keuntungan dari DSV. Jadikan pengajaran dan muhasabah diri.

    Ingatan tuk diri sendiri juga..

  2. Makcik bawang says:

    DSV BELI DGN HARGA MAHAL? ENTAH2 DSV PUN DAH KENA TIPU DGN PENJUAL BERLIAN. ADA RESIT TAK?

Loading...