Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nafi Mengada-Ngada, Risteena Munim Terketar-Ketar Buat ‘Swab Test’ Untuk Urusan Nikah

Risteena

Pelakon Risteena Munim menafikan dirinya agak mengada-ngada ketika menjalani ujian calitan COVID-19 namun mengakui memang berasa takut akan kesakitan yang bakal dihadapi ketika ujian berlangsung.

Risteena atau nama sebenanya Nur Risteena Munim,28, difahamkan telah menjalani ‘swab test‘ susulan akan bernikah pada hari Jumaat ini bersama pelakon Isa Khan.

Advertisement

Dia yang turut meluahkan rasa syukur kerana memperoleh keputusan ujian negatif telah berkongsikan momen tersebut menerusi akaun Instagramnya untuk tatapan peminat.

“Hei, I bukan mengada lah. Memang takut pun. Alhamdullilah selesai menjalani ujian calitan COVID-19 dan negatif. Tak adalah sakit sangat, tapi sebab terlalu takut, so mind set dan set sakit.”

“Bila dapat tahu, untuk akad nikah ni kena buat swab test dulu, terus terketar-ketar. Tapi tak dapat lari. Nak kahwin kan. I did it!” ujarnya di akhir kapsyen Instagram.

Terdahulu, pasangan ini telah mengumumkan akan bernikah pada 12 March 2021 setelah menunda perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 21 November tahun lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. Anonymous

    March 13, 2021 at 3:18 pm

    Dah memang dia takut nak buat mcm mana..Alhmdllh sdh selesai…

  2. Anonymous

    March 12, 2021 at 8:12 am

    dia ni org tak kenal pun, beautifulnara je yg asyik jaja citer dorg. hahahaha paid review kot

  3. Anonymous

    March 11, 2021 at 4:45 pm

    buang masa frontliner je. gedik2 mcm ni elok tampar je

  4. tecit

    March 11, 2021 at 3:48 pm

    pempwan ni mmg paling gedik dlm dunia laa. kalah adik die. weh kalau beranak esok lagi sakit laaaa. pakwe die pon same. rileks2. getikkkk aku dgr laaa. kalu laki aku mau kene ketawa je kah3

  5. Anonymous

    March 11, 2021 at 2:21 pm

    nk tengok tak video anak sdare aku umur 4 tahun buat swab? rileks je.. siap pandai tarik nafas.. tkde nk terketar2 bagai.. choiii

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top