Nafi Mengada-Ngada, Risteena Munim Terketar-Ketar Buat ‘Swab Test’ Untuk Urusan Nikah

Hiburan

Nafi Mengada-Ngada, Risteena Munim Terketar-Ketar Buat ‘Swab Test’ Untuk Urusan Nikah

Pelakon Risteena Munim menafikan dirinya agak mengada-ngada ketika menjalani ujian calitan COVID-19 namun mengakui memang berasa takut akan kesakitan yang bakal dihadapi ketika ujian berlangsung.

Risteena atau nama sebenanya Nur Risteena Munim,28, difahamkan telah menjalani ‘swab test‘ susulan akan bernikah pada hari Jumaat ini bersama pelakon Isa Khan.

Advertisement

Dia yang turut meluahkan rasa syukur kerana memperoleh keputusan ujian negatif telah berkongsikan momen tersebut menerusi akaun Instagramnya untuk tatapan peminat.

“Hei, I bukan mengada lah. Memang takut pun. Alhamdullilah selesai menjalani ujian calitan COVID-19 dan negatif. Tak adalah sakit sangat, tapi sebab terlalu takut, so mind set dan set sakit.”

“Bila dapat tahu, untuk akad nikah ni kena buat swab test dulu, terus terketar-ketar. Tapi tak dapat lari. Nak kahwin kan. I did it!” ujarnya di akhir kapsyen Instagram.

Terdahulu, pasangan ini telah mengumumkan akan bernikah pada 12 March 2021 setelah menunda perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 21 November tahun lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...