Penyanyi Wany Hasrita yang kini aktif menjual baju terpakai menerusi Instagram @prelovedstillinlove baru-baru ini menerima kecaman netizen yang menuduhnya menjual semula pakaian percuma yang diterimanya sebelum ini sebagai seorang artis.
Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah,28, tampil menjelaskan bahawa koleksi baju yang bertanda ‘sample’ dijual kepada peminat itu merupakan barangan peribadi yang dibelinya sendiri.
Menurutnya lagi, baju contoh yang terdapat dalam butik Instagram itu adalah merupakan baju model yang dibelinya di sesebuah butik.
“Salam, semua barang pre-loved di @prelovedstillinlove semua barang yang saya beli. Tak pernah dan tak akan pernah jual barang yang saya dapat percuma. Sample (contoh) yang dimaksudkan adalah baju sample yang diapakai sewaktu sesi fotografi produk (baju model) yang ada satu size saka dan dijual di butik tersebut. Dan satu-satunya saiz yang sesuai dengan saya tanpa perlu ubah suai. lepas itu sekarang dah tak muat dan saya nak let go la,”
Ini berikutan penyanyi lagu Menahan Rindu itu telah menerima satu komen daripada individu yang mendakwa dia menjual barang percuma kerana baju tersebut tertera perkataan ‘sample’.
Sehubungan dengan itu, Wany Hasrita menjelaskan kepada individu terbabuit supaya tidak berasa bimbang kerana dia masih mementingkan etika serta keberkatan dalam setiap perkara yang dilakukannya.
“Jangan risau, saya masih lagi mementingkan etika dan keberkatan,” – Wany Hasrita