September 25th, 2020

Pelakon Chacha Maembong tampil menafikan dirinya kini sedang bercinta dengan lelaki bergelar Datuk Z pada ketika ini.

Namun, Chacha menjelaskan bahawa lelaki berusia awal 30-an itu hanyalah sekadar rakan niaga dan tidak lebih daripada itu.

Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aisyah Ismail,24, berkata bahawa lelaki itu banyak memberi dorongan serta tunjuk ajar dalam selok-belok dunia perniagaan.

Dia yang kini sibuk menjalankan perusahaan pertama di bawah syarikatnya CM Secret iaitu produk Perfect Look by Chacha Maembong banyak mengambil nasihat perniagaan melalui Datuk Z tersebut.

View this post on Instagram

Da one and only @makeupbynadianordin #ccm #livelifetothefullest #favmua

A post shared by Chacha Maembong (@chacha_maembong) on

“Saya sebagai orang baru dalam bidang ini perlukan sokongan dari orang yang betul selain daripada adik beradik. Dia (Datuk Z) seorang ahli perniagaan dan bila saya ada kongsi minat untuk berbisnes, dia cuba bantu dan kami mulai berbincang serta mencari idea.”

Dakwaan mengenai dia sedang dilamun cinta dengan figura berkenaan mula timbul apabila usahawan terbabit sering dilihat bersama Chacha dalam setiap majlis dan sering menggayakan pakaian dalam rona sedondon.

Mengakui bahawa kehadiran lelaki itu telah banyak memberi perubahan positif dalam hidupnya, Chacha juga menganggap bahawa si dia merupakan seorang individu yang baik dan tidak lokek ilmu dalam memberi bimbingan dalam menguruskan perniagaan.

Ketika ditanyakan mengenai soal cinta, pelakon filem Garang ini lebih memilih untuk tidak mengulas lanjut.

“Apa yang saya boleh kongsikan, saya tak mahu fikir soal cinta atau segala apa yang berlaku dalam hidup sebelum ini. Sampai bila nak kecewakan peminat dan orang sekeliling. Jadi sudah tiba masanya saya jadi orang yang lebih matang dan positif. Kalau ada jodoh saya mahu terus kahwin, tak mahu dah fikir nak bercinta, berkenalan lalu putus di tengah jalan,”

Perkembangan terkini, dia ditemui dalam majlis pelancaran produk Elysyle CM Secret Perfect Look yang telah bekerjasama dengan Eylsyle Elken Global & Chacha Maembong di Petaling Jaya, Rabu lalu.

Chacha bakal tampil dengan produk kecantikan yang berfungsi untuk menegangkan kulit menerusi kaedah ‘V-Shaping’ bersama Cream Magic dan gabungan ‘papan activator’ yang diperbuat daripada tanduk kerbau.

Sumber: Media Hiburan


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...