Nafi Dah Enggan Nyanyi Lagu Cinta, Alyah Tak Mahu Terlalu Meratap Dan Berduka

Hiburan

Nafi Dah Enggan Nyanyi Lagu Cinta,  Alyah Tak Mahu Terlalu Meratap Dan Berduka

Penyanyi terkenal, Datin Alyah  tampil menjelaskan kekeliruan apabila ada segelintir pihak mendakwa dia sudah tidak mahu menyanyikan lagu berunsurkan percintaan sesama kekasih.

Datin Alyah
3 years ago

Berderau Darah Jumpa Lelaki Mirip Arwah Abang, Datin Alyah Luah Rasa Rindu

Advertisement

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan,40, berkata bahawa apa yang dimaksudkan adalah mesej yang ingin disampaikan dalam lagu yang dinyanyikan mestilah positif dan sesuai didengar oleh semua peringkat umur.

https://www.instagram.com/p/CSq0VyahG5T/?utm_source=ig_web_copy_link

Jelasnya lagi, dia masih menyanyikan lagu bertema cinta namun mahu menerapkan elemen kebaikan dalam setiap bait lagu.

Maksudnya, bait lirik itu cenderung kepada mesej yang baik tak terlalu lara atau meratap cinta pada pasangan. Apapun, saya hormati setiap karya lagu dan topik cinta itu juga luas dan subjektif. Terpulang kepada penerimaan masing-masing.

Tambah isteri kepada maestro muzik terkenal Datuk Rami MS itu lagi, dia kini hanya percaya pada konsep rezeki dan mula memasang niat dengan betul.

Bukan nak kata lagu cinta saya sebelumnya tak ‘jalan’, tapi penerimaan baik terhadap lagu percubaan Thank You Allah buatkan semangat saya jadi lebih besar. Dalam berkarya ini, kita perlu percaya bila ada suara, identiti akan ada jalan.

Perkembangan terbaru, Alyah khabarnya turut akan melancarkan jenama pakaian ‘ready to wear’ (RTW) Labeesa by Datin Alyah dan single baharu pada awal tahun hadapan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...