Nafi Curang, Nadia Brian Mohon Suami Terus Lafazkan Cerai Di Mahkamah Kelak

Hiburan

Nafi Curang, Nadia Brian Mohon Suami Terus Lafazkan Cerai Di Mahkamah Kelak

Mengakui sudah tawar hati dengan kerenah suaminya Muizz Nasruddin, pelakon Nadia Brian yang kini terpalit dengan pergolakan rumah tangga berharap agar suaminya terus melafazkan cerai di mahkamah kelak.

Advertisement

Bahkan, beliau juga berharap masalah itu dapat diselesaikan dengan cepat.

“Saya sudah tawar hati dengannya. Banyak juga kerenah Muizz yang tak dapat saya kongsikan demi menjaga aibnya. Saya harap di mahkamah nanti Muizz akan terus melafazkan cerai. Saya harap semua ini dapat diselesaikan cepat supaya masing-masing boleh teruskan kehidupan. Tak nak simpan perasaan dendam yang tak habis.”

Bagaimanapun, pelakon itu juga tetap menafikan sekeras-kerasnya bahawa dirinya berlaku curang terhadap suaminya sepanjang perkahwinan mereka.

“Biar Allah saja tahu perkara yang sebenar. Mengenai curang saya menafikan sekeras-kerasnya. Saya tidak curang sepanjang tempoh perkahwinan dengan Muizz.”

Terdahulu, Muizz telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pada 2 Oktober lalu selepas mendakwa melihat Nadia curang di depan matanya.

Untuk rekod, Nadia telah sah menjadi isteri kepada Muizz pada 9 November tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini difahamkan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...