Penyanyi dan juga pelakon Lufya Omar memaklumkan bahawa dia melakukan pembedahan memotong usus ataupun bariatrik pada awal November lalu bukanlah untuk kelihatan cantik atau memikat lelaki.
Namun, jelas Lufya, dia menjalani prosedur itu kerana ingin mendapatkan semula stamina yang semakin kurang seiring dengan pertambahan usia.
Katanya lagi, pembedahan tersebut telah berjaya mengawal tahap kolestrol dan penyakit asma yang dihidapinya serta lebih positif dalam menghadapi hari-hari mendatang.
Lebih utama pembedahan ini berjaya mengawal tahap kolestrol dan penyakit asma yang saya hidap. Saya kurus bukan sebab nak cantik tapi demi kesihatan.
Soal jodoh pula mungkin ada trauma daripada pengalaman perkahwinan lalu, tapi semuanya sudah berlalu dan tak perlu dikenang lagi. Bukan untuk mencari jodoh pun.
Dia turut berkongsi pengalaman melakukan pembedahan tersebut dengan pakar bedah bariatrik terbaik Asia Pasifik, Dr Mustafa Mohammed Taher di mana Lufya difahamkan telah turun berat badan sebanyak 11 kilogram dari 85 kilogram berat asal.
Ibu tunggal kepada seorang anak ini juga menzahirkan harapan untuk menurunkan berat badan lagi 10 kilogram agar mendapat tubuh yang ideal dan seimbang seperti zaman anak dara dahulu.
Sekadar info, Dr Mustafa antara pakar bedah GI dan bariatrik terbaik di mana beliau berjaya melakukan 2,000 prosedur tersebut sepanjang tempoh tiga tahun lalu.
BACA: Banyak Suami Isteri Suka Buka Aib Pasangan Di Media Sosial, Lufya Omar Luah Pendapat Peribadi