Nafi Biarkan Anak Makan Sendiri Ketika Bayi, Dr Afifah Beri Penjelasan – “‘Yang Kata Saya Tak Suap Anak Tahu Tak Teknik Ni?”

Kehidupan

Nafi Biarkan Anak Makan Sendiri Ketika Bayi, Dr Afifah Beri Penjelasan – “‘Yang Kata Saya Tak Suap Anak Tahu Tak Teknik Ni?”

Isteri kepada peserta Gegar Vaganza 12 (GV12), Nubhan, iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, berkongsi pendekatan keibuan yang diamalkannya dalam mendidik anak-anak untuk makan secara berdikari sejak usia enam bulan.

Menerusi perkongsian di Threads, Dr Afifah menjelaskan bahawa pendekatan itu diambil bagi memberi pendedahan awal kepada anak-anak supaya lebih berdikari dalam kehidupan seharian.

Advertisement

Dr afifah tawfek

Saya mula menggalakkan anak kecil saya untuk makan sendiri pada usia enam bulan.

Bukan kerana saya ingin tergesa-gesa, tetapi kerana saya percaya sikap berdikari bermula awal.

Jika kehidupan sentiasa tidak menentu, sekurang-kurangnya anak-anak kita tahu bagaimana untuk menjaga diri mereka.

Menurut Dr Afifah, beliau mempraktikkan konsep ‘baby-led weaning’ (BLW) selepas melakukan penyelidikan mendalam mengenai kaedah pemakanan bayi tersebut.

Sebagai seorang ibu, saya telah menghabiskan banyak masa untuk belajar dan membuat penyelidikan tentang cara memberikan permulaan yang terbaik untuk anak-anak saya.

Saya menemui konsep ‘baby-led weaning’ bersama Aaffan tetapi dengan Afzan, saya memulakan seawal usia enam bulan.

Dalam masa sama, Dr Afifah mengakui bahawa menjadi ibu bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia menuntut pengorbanan masa, tenaga, kesabaran dan kemahuan untuk belajar.

Dr Afifah turut membidas segelintir pihak yang mempertikaikan caranya dengan kenyataan ringkas:

P/S: Yang kata saya tak suap anak tu tahu ke teknik ni?

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah, yang juga seorang doktor gigi, mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata Aafiya (8), Ahmad Aaffan (6) dan Afzan Nayille (3).

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Nubhan telah memfailkan hadanah penuh serta interim terhadap anak-anak mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, manakala kes pengesahan lafaz talak difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nubhan
2025-11-10 21:04:55

“Saya Tidak Pernah Tuntut RM5 Juta Dari Nubhan” – Ibu Mentua Nubhan, Zailah Zainudin Nafi Dakwaan Liar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...