Pelakon, Hafidz Roshdi telah menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia sudah bersara dari dunia hiburan.
Menerusi sesi temu bual bersama Harimau Malaya, Muhammad Hafidz Roshdi berkata dia masih lagi aktif dan baru sahaja selesai sesi penggambaran bersama sebuah stesen televisyen swasta pada Jumaat lalu.
Saya tak lari pun dari dunia hiburan, saya baru saja habis shooting bersama sebuah stesen televisyen swasta pada 13 Jun lepas.
Saya masih aktif lagi.
Meskipun pernah menerima kecaman daripada orang ramai, namun pelakon itu memaklumkan bahawa dia sudah lali dengan kritikan dan memilih untuk menerima segala komen negatif dengan hati yang terbuka.
@harimaumalaya_hm “Buat apa pun kena kecam, terima kasih netizen! Saya tak lari pun dari dunia hiburan, baru habis shooting!” @hafidz.roshdi #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #twinschampionship #boxing #fury #hafidzroshdi #byoncombat ♬ original sound – Harimau Malaya
Saya nak cakap terima kasih pada mereka sebab tanpa mereka, saya tak ada di sini.
Saya buat apa pun akan kena kecam, jadi saya terima saja. Saya tak boleh nak tutup mulut orang dan itu (kecaman) adalah di luar bidang kuasa saya.
Sebelum ini, Hafidz menjadi bualan ramai selepas belas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan bahawa pelakon itu menjalinkan hubungan dengan wanita lain.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan bercerai pada 27 Julai 2023.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.
Hafidz kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya iaitu Athira Yuhada pada 15 Disember 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata.